Blogger Widgets

Wednesday 28 March 2012

TERIMA KASIH PART 1 (sujud syukur)

"terima kasih" adalah satu ucapan yang paling beharge sebenarnye..ble kte ckp terima kasih pada sesiapa pas die tlg sumthing pada kte..wlu pun die x mntak dibalas bgitu..tp skurangnye mnunjukkan satu penghargaan kte padanye..tp ckp trima kasih tu kne la ikhlas kan..jgn just ckp tnpe btul2 rase..

huhuhuhu..pe yang aku nak jelaskan kt sni ek..sbnarnye diri ni trase nak ucapkan trima kasih dan rase syukur pada sume pihak..mule-mule skali nak ucapkan terima kasih pada ALLAH..sbb berikan aku sbuah khidupan..aku masih bernafas di bumi ini..diberikan ksihatan yang baik lagi stakat ini dan dimurahkan rezeki..aku rase bsyukur sangat sbb diberikan suatu pekerjaan yang baik..yang insya Allah terjamin idupnye..ble fikir balik ms dlu..setiap ari tgk kt suratkhabar..tgk pluang pkerjaan..ptostat resume byk2..huuu..ssh btul ms tu rasenye..alhamdulillah sbb mase tu da berlalu..jadi skang aku ptt kje sungguh2..xnak ngeluh2..sbb ALLAH da bagi satu pluang pade aku..kne hargai nye!

terima kasih juga pada ALLAH sbb bagi khidupan yang baik..pancaindera (mata, telinga, hidung, tangan, dll) pn bleh diguna smua..rupa paras pun boleh la sedap gak mata memandang..walau pn xla scantik mana..huhuhuhu..syukur!!

da sebut tentang syukur..nak crita sket tentang cara nak buat sujud syukur..


SUJUD SYUKUR



Hadith: 
Dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.

Huraian Hadith: 

1.         Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara       yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur.
2.        Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala             bencana dan kita diselamatkan daripadanya.
3.        Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.

::: kte sepatutnya bersyukur dengan apa yang ALLAH da berikan pada kte selama ini..semoge ALLAH sntiasa memberikan kte rahmat..dan sbagai pnerima rahmat itu, jangan lupa ucapkan terima kasih!

Saturday 24 March 2012

NASI BIRYANI ::: my febvfet ever :::


Setiap orang mesti ada makanan kegemaran kan? dan aku tidak lain tidak bukan adalah:




tadaaaaaa... nasi biryani satu!!! huhuhuhu


Ok.. Sejarah kehadiran dan asal usul Nasi Biryani (بریانی ) atau Briyani atau Biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi basmati biasanya dari beras yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Di Malaysia dan Indonesia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang.

Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak beriani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, bahkan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, muslim dan kalangan penduduk Sri Lanka.

Rempah ratus dan bahan perasa banyak digunakan dalam beriani, tetapi tidak terhad sahaja untuk, minyak sapi, buah pala, cokmar, jintan putih, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun-daun selasih, ketumbar, daun pudina, halia, bawang , dan bawang putih. Kepelbagaian premium termasuk safron. Untuk beriani yang tidak vegetarian, bahan utama yang menyertai rempah ratus ialah daging-daging lembu, ayam, kambing, anak biri-biri, ikan atau udang. Hidangan ini boleh dihidangankan dengan cutni dahi atau Raita, korma, kari, satu hidangan masam terung (terung) atau sebiji telur rebus.

Tapi aku paling suka nasi briyani yang dimakan bersama ayam goreng berempah or ayam tandoori. Sesetengah orang suka nasi yang dicampur gulai kambing, ayam masak merah or kari daging. Tapi bagi aku ianya terlalu muak. X feel rasa nya nanti. 

Sini, teringin juga aku nak kongsikan resepi nasi briyani/biryani:

Bahan-bahan ( untuk 4org )


3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara


panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.


kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih. 
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan

pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak


bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.


masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)


 masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...


::: aku sungguh lapar di saat ini..huhuhuhu..selamat makan tengahari semua orang!!! :::








cinta bersegi-segi?????

skarang aku betul2 demam korea..huhuhuhuhu..dan kebanyakkan cerita korea ke..crita tamil ke..crita malaysia ke msti ada tunjuk cinta tiga segi...

sangat x seronok kan klu kte ada terjebak ngan percintaan macam ni..apatah lagi kita pulak yang kelihatan nya menjadi orang ketiga or orang penyibuk dalam satu hubungan yang mana die dua orang memang mencintai satu sama lain, sudah berkenalan lama, xbleh berpisah, sangat serasi (minat benda yang sama), secocok (sama comel sama kacak) dan sebab kan kte wujud, mereka x bleh bersatu..wuaaaa...sedih btul kan..huhuhuhu

kita x boleh paksa orang suka dengan kita selamanya..dan kita tidak boleh memiliki orang tu dan anggap die adalah hak milik kekal kita (da gaya mcm lagu si linda n diana rafar plak..huhuhu.. yang xtau tgk vdeo kt link nih   http://www.youtube.com/watch?v=bltN26tyC5A ) yang kita boleh buat cuma doakan mereka bahagia sentiasa..doa yang paling ikhlas tau..

cuma..kalau yang terjebak dalam percintaan bersegi-segi ni..berlaku jujur lah antara smua..klu bleh just stay brdua aje..jangan libatkan orang lain..jangan layan sangat hati tu..jujur dan setia lah..sebab tu adalah tonggak utama dalam percintaan or perhubungan..tidak memberi tahu or menipu itu adalah perkara yang sangat berbeza..menipu confirm2 brdosa..tapi klu mnyembunyikan sesuatu (mngkin ada reason tersendiri) adalah tidak adil bagi pihak yang tidak mengetahui..

mgkin dari 9 pilihan cinta yang ada tu (klu 9 segi..pentagon ek? huhuhu) pilih hanya salah satu..pilih satu yang paling serasi dan paling sesuai..mgkin bagi yang tak terpilih itu, akan rasa sedih..namun ia akan jadi sementara aje (mngkin).. :)

setiap cerita..xkira lah panggung sabtu ke, samarinda ke, drama korea bersiri-siri hatta telonovela pastinya akan berakhir ngan happy n nice ending..doakan kita semua juga akan begitu..pengakhiran hidup yang baik.. Insya ALLAH..

Sesungguhnya, cinta yang paling hakiki iaitu cinta dari ALLAH dan cinta yang sejati adalah dari insan yang bernama manusia! 

p/s: saya sayang kamu sorang saje..harap kamu dapat buat bgitu juga pada saya..tapi saya x paksa kamu tau.. huhuhu (U_U)


::: untuk semua wanita di luar sana :::




::: antara senyap, sunyi dan sepi :::

hmm..duduk sengsorang kt mcd ni..dan baru pas shock tgk sumthing yang mngkin akan nyebab ati tersentap sdikit..(heheh..tp xbleh crite kt sni..ni rahsia sndiri aje..) ujan renyai2..memg sungguh syahdu rase hati..


ape beza antara perkataan SENYAP, SUNYI dan SEPI???
bagi aku ia amat berbeza..ni definasi dari aku sndiri la kan..SENYAP tu nunjukkan keadaan or suasana persekitaran..contoh mcm dalam lif..sume orang diam dan x bercakap sepatah pun..aku pun x faham knape..huhuhu..


SUNYI adalah satu jenis prasaan..kngkadang dalam tmpat yang ramai pun kite akan rase sunyi..mnkin kte x dpt adapt ngan keadaan mase tu..nyebabkan kte mcm terasing dan rase bgaikan seorang..mcm lone ranger! heh..


dan SEPI bagi aku plak..satu jenis perasaan gak mcm sunyi tapi die plus penderitaan..mngkin sesorang tu sgt sepi jika orang yang die sayang da pergi dalam dunia ni..sepi x macam sunyi..kalau sunyi, kalau die da jumpe keadaan yang leh wat die x trase trasing..die akan kmbali snyum dan normal back..tapi sepi cm mengambil masa untuk pulih..lagi truk klu die x dpt di recover mngkin akan mudarat orang tu plak..die akan kemurungan dan paling mengerikan die mgkin akan dapat sakit mental! (ish..dijauhkan la arapnye)..


pe yang aku nak crite kan sbenornye ni..oo..SENYAP aku salu gunekan pkataan tu nak suh students diam dalam kelas or library..sampai da x larat nak ulang pekataan tu tp ssh btul nak dilaksanakan..budak x diam2..tensen! (T ___ T)


SUNYI: ni memang salu dihadapi orang termasuk aku..ble diingat balik, ni bukan kali pertama aku rasa sunyi..sepatutnya aku da lali..alaaa...alah bisa tegal biasa..lagipun aku skang ok2 aje..xde la mcm ms kcik dlu..klu rase sunyi dan sengsorang je..mule la nangis..huhuhu..ntah pape kan..mngkin sbb aku suke bercakap..dan ble just duduk sorang, kte akan rasa lain..


SEPI: blum lagi la smpai tahap ni..dah harap sgt ia xkan jadi pada aku or pada sesape je dalam dunia ni..amin..


banyak lagi nak dceritakan..tapi xtau nak stat dari mana..abes nya aku termenung je kt luar tingkap..huhuhu..kngkadang ada bnde yang kte xdpt diluahkan dengan kate2..k lah..sblum merepek lebih jauh..jom kte baca apa tips dibawah..arap dapat dipraktikkan (^_^)


TIPS HILANGKAN RASA SUNYI DAN SEPI




  • Maha Pencipta

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.



  • Perbaiki diri

Ambil peluang yang ada ketika anda berseorangan ini untuk muhasabah diri..tengok balik apa kesilapan kita..sikap buruk kita..dan cube semampunya perbaiki diri sendiri..



  •  Bercuti

 Ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa. Jadi ambil peluang ini untuk mengembara ke tempat yang x pernah pergi dan hayati serta nikmati pengalaman itu..



  • Jumpa kawan

Jumpa kawan-kawan lama dan cuba berborak tentang kenangan-kenangan lama..pasti akan menceriakan hari anda..mule kan sekarang! ambil telefon dan kol kwn baik anda di masa tadika, sekolah, universiti or tempat kerja lama..pasti banyak hendak diperkatakan kan (^_^)



  • Bersenam

Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Pasti kita akan lebih bersemangat dan percaya lah dengan berpeluh..rase ceria itu pasti akan muncul! Badan anda pun pasti tambah  sihat dan cantik..



  •  Bermesra bersama keluarga
Ambil masa yang ada ini untuk bermesra dengan ahli keluarga. Balik kampung dan tenangkan diri anda di sana. Melihat muka ibu ba




  • Sukarela

Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarela. Tempat sebegini pastinya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah anda akan sedar, masalah kesepian anda itu sebenarnya jauh lebih kecil daripada masalah mereka.




::: arap dengan tips kat atas tu..kte dapat la manfaat kan bersama-sama..hidup ni hanya sekali..jadi kte enjoy!! huhuhuhuhu..selamat meluangkan masa di ujung minggu!!   take k there :::

Friday 23 March 2012

pemberi hutang dan pembuat hutang!!! hmmmm..

hari ini nak mnceritakan tentang satu kisah benar...

ada lah satu hamba Allah ini telah meminjam sjumlah wang (bagi aku agak besar jumlahnya) dari aku..aku bagi pinjam seikhlasnya sbb die mrupakan sorang yang memg ad masalah kwangan..gaji nye x besar mane..dan perlu byr mcm2..dan die agak baik la ngan aku..salu mndengar prob2 aku..jadi klu x tlg mcm x sdp plak..dan die mntak ri tu btul2 selepas beberapa hari gaji masuk..klu family or orang tersayang tidaklah aku bkire sgt..tp ni mcm bg pd orang luar..mcm x bp syok plak klu lelame pinjam dan x de gaye mcm nak bayar...

nak dijadikan cerita..bulan ni aku nak pkai duit byk..nak byr road tax kreta..yg tu aje dah more than one thousand!! sewa umah..bil air letrik..servis gg lagi (yang ni akn ku crite next nnt..huhuhu), mnyak kreta..bagi abah mak, mkn, plus utk hiburan sket..di bajet-bajet bgaikan tidak ckup untuk digunakan dalam tempoh sbulan ni..

maka, aku pn menuntut le balik wang yang telah dipinjam (dapat suku dlu pun xpelah) utk digunakan sbg duit tambahan..namun jawapan yang aku dapat sngguh negatif..die kate suh tgu je gaji aku masuk lusa or dua ari kmudian (memang gaji aku masuk dua ari pastu pun..saje je ak nak mntak ngan die), masa tu kan aku  da ade duit katenye..

dari ayat tu bunyinye mcm xnak bayar je..lagi satu nape plak die sibuk gaji aku yang nak masuk tu..spatutnya die fikirkan gaji die yang ptt byr tu..namun sesungguhnye aku xtau gaji die masuk ble..gaji aku senang la tau..pkerje kerajaan memg dapat gaji nye tarikh yang sama sume orang..mngkin die ada knalan kerje kerajaan gak..

dah die ckp gtu..ilang punce aku nak balas ape..kang desak lebih kang..gaduh putus kawan kang rase x best plak kan..x sdp gak klu die mnjaje kt sume orang yang aku ni bkire sgt ke..ape ke..ish ish ish ::: aku klu bleh xnk cari pasal ngan sesape pun :::

aku faham die pun ngah sengkek (mgkin sntiase sengkek)..tp arap die dpt lbeh btanggungjawab dan try la cr solution cmane pun agar dpt bantu aku ni..aku nak mntak suh die bayar lagi pun mcm segan..pelik kan.. SI PEMBERI HUTANG LEBIH SEGAN DARI SI PEMBUAT HUTANG.. orang yang bhutang relax je..kte si pemiutang (pemberi hutang) cm takut plak ngan pnghutang..ptt die yang takut ngan die..huhuhuhu

malas la plak nak btindak mcm along..arap die akan brusaha bayar sket2 utang tu..mls da nak menggesa..arap die faham-faham lah (U_U)

SO, apa hukum orang x bayar or melewatkan hutang ni ek???

::: Seseorang yang berhutang sepatutnya berikhtiar dan berusaha lah membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu WAJIB DIBAYAR. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".

Namun, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu kite ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati pasti akan mengumumkan kpd orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.

Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untukk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal. :::

Kesimpulannya, hutang WAJIB dibayar..jangan biarkan ia menjadi hutang lapuk (hutang yang tidak dapat dituntut). Lagipun da reti pinjam xkan x reti nak bayar..lain lah klu memang da terlupe sangat..tp klu da diingatkan cepat2 la disegerakan pembayarannye..

p/s: hmmm..tringat plak utang ptptn aku..byk ag x bayar..rase da mampu bayar..aku yg sngaje lengah2 kan..
err...adakah jodoh ak mcm berat smpai sbb aku xnak byr ptptn tu ek?? hmmmm..fikir2 kan cik aiza!! 

ada sorang temanku suke benor karoke lagu ni..heheh..jemput dengar gak



mandi bunga!! boleh percepatkan jodoh ke??!!

hai semua! bulan lepas hosmate aku penah bkate.."cuti skolah bulan 5 ni aku nak balik kampung...nak pi mandi bunge la..biar muke bseri..jodoh cepat sket smpai..da x bleh jadi ni..umo da masuk 31 tahun nih..isau isau" 

ooo..aku yg mndengar ni pun isau..umo pun da 27..tiga tahun ag je nak masuk 30..stil bujangan lagi nih..nak kne mandi bunge jugak ke..ish!! tapi boleh ke dalam islam?

mandi bunge ni mcm dalam crita2 melayu tu ke..mandi bkemban kt telaga or bekas yang pnuh ngan bunga2..ish..takut gak klu nak wat mcm tu.. jadi  sebelum kte smua dibelenggu misteri..jom kte selongkar pe itu MANDI BUNGA (^_^)

asal usul MANDI BUNGA ................




::: mnurut satu sumber (xtau leh pcaye ke x) merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan Popular Islam. 


Antara ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat. Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh:
  1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.

  2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

  3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.

  4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.

  5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar,  menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.

  6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya.

oo..apa pula hukum kalau kita orang pmpuan ni MANDI BUNGA UNTUK DAPAT JODOH??? MEMANG BETUL TERUS DAPAT JODOH KE LEPAS MANDI BUNGA???

::: menurut sumber yang lain plak mnyatakan...

  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak di iktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. 
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan. 
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

Ooo..macam tu..ksimpulannye mandi bunga ini tidak salah jika ia dijalankan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan bukannye dari jampi serapah bomoh yang bukan-bukan. Namun jangan le kte PERCAYA 100% bahawa dengan mandi bunga ni confirm kte akan dapat jodoh. Anggaplah ia suatu ikhtiar dan usaha saje..lagipun usaha kan tangga kejayaan.. pape pun berserah aje pada yang Maha Berkuasa..kerana ajal maut jodoh pertemuan tu kan rahsia ALLAH. 

Lalui aje idup ini dengan senyuman ok!! selamat mandi di bilik air!! pastikan pintu ditutup sebelum mandi..huhuhu (U_U)

Thursday 22 March 2012

kebaikan makan tempe! nyum! nyum! haha

waduh-waduh2..sedap bangat dong!! tempe enak di makan begitu saja.. oh tempe! sungguh enak di makan begitu saja..(da gaya mcm iklan roti gardenia)

Dalam family, aku sorang je suke makan tempe..kate dorang tempe tu cm pahitla..tawar la..xde rasa la..rase aneh la..tp  bagi aku ianya sangat sedap..terutama kalau di goreng sama ngan ikan bilis pastu tumis ngan bawang cili..perrrhhhh!!! terangkat..makan ngan nasi putih tu pn da cukup bagus..xyah mkn lauk lain da..huhuhu..dlu masa ak blaja kt upm , rumet aku salu bawakkan sambal kering tempe + kacang + kentang..memang sedap sangat..huhu..bleh ratah mcm tu je..mcm makan pringles! 

apa itu tempe sebenarnya?

Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa dari Indonesia. Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Lagipun tauhu tu lembik x macam tempe..dan ak juge x suke makan tauhu..

Tempe juga terkenal di Malaysia sekarang ni dan sangat popular terutamanya di daerah yang terdapat ramai orang jawa seperti Selangor, Perak dan Johor. Tapi sekarang ni bukan orang jawa je suke makan tempe..orang x jawa pun suke makan!! huhuhu..

Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan cara memotong mereka menjadi kepingan-kepingan kecil (bentuk dadu or panjang sket), direndam dalam air garam, atau sos masin, dibuat kuah lemak bersama soon, dibuat hidangan hari raya (masak lodeh), sambal goreng, dan just digoreng bgitu saja dalam minyak banyak (deep fry la omputih kata..huhu) Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicicah cili sos, sup pekat dan kuah kacang.

khasiat dan kebaikan makan tempe!! (JOM SELONGKAR)

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit. - bleh elak keracunan makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung!
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempePALING SESUAI UNTUK WANITA YANG SEDANG BERDIET OR TAKUT GEMUK!!!! yeaaahhhh!!!!
5. Anti jangkitan. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol .- alternatif kalau tak suke makan oat. oat kan macam tawar dan aneh2 je rasenye..
7. Memiliki sifat anti oksidan - Makan tempe sure awet mude selalu..huhuhu..
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta pelbagai penyakit - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat marah. (macam aku ni sesuai la..hari-hari naik angin kt dalam kelas!)
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- dah tak payah lagi nak beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai. 
11. Dijauhi kanser kerana mempunyai pelbagai jenis vitamin dan zat besi - i.allah (mencegah kan lebih baik dari merawati)
::: so mula hari ini..cube pi mane2 supermarket n cari tempe..alaaa...sebungkus baru seringgit..banyak khasiat tau..selamat memakan!!! (^_^)

resepi puding buah berkuah yang paling simple!

  cara nya mudah saje...kirenye dak 5 taun pun bleh bwatla..bahan2 nye pun bsepah kt supermaket..tgl nk kuar duit je..heh..so mule kn dgn bhn2 nye: 



  • sepeket agar2 (bleh beli ape2 jname pun..)
  • air masak (pastikan telah dijerang..skang byk penyakit!)
  • gula (bukan gula-gula)
  • tepung kastard (bkn tepung lain..tgk btul2)
  • susu cair (die dlm tin gak..tp bkn jenis susu pekat tu tau..)
  • buah dalam tin (klu bleh beli la jname cm terkenal sket..sbb kngkdg ad made in china..no halal! ish..bahaye tu)
  • daun pandan (yang disimpul cantik)
  • buah-buahan segar mcm anggur ke, epal ke, strawberry or kiwi (ikut kemampuan..klu xde sgt, buah dadu pun boleh)


 caranye senang dan ringkas saje..resepi ni pun mcm ikut suke hati..sukatan yang tepat ssh nak dinyatakan sbb chef yg bagitau pun cmni je care nye..


so for the beginning:

  1. Sukatannye mngikut byk mane yg kite nk buat. buat banyak sediakan bahannye banyak, buat sket..bahannye sket..heh
  2. Mula2 msk agar2. katakan lah kt bungkusan agar-agar tu kata kene letak 6 cwn air, so korang letak 5 cawan je air sebab 1 cawan lagi air tu bancuh ngan tepungg kastad. bila agar-agar  dh hncur masukan bancuhan tepung kastad td. Kacau sntiasa sehingga dia brkilat. pastu sejukkan. perasan x kita x letak pun gula..memang sengaja di buat tawar..sbb nanti kuah die kte wat manis..
next, untuk kuah:

  1. Mula-mula masakkan air bersama gula dan daun pandan..banyak mana? terpulang..nak kuah banyak, buatlah banyak..gula tu pun agak2 je..suke manis letak banyak..bnci kepada kemanisan, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam snyuman (ada ke? heh). Bila gula da hancur (ia menjadi seperti air gula yang salu digune oleh penjual air di pasar malam), masukkan susu cair dan air buah dalam buah dalam tin tu..air sahaja dlu..gunalah penapis agar buah2 nya x masuk dalam periuk yang ngah digunakan tu..
  2. Kalau nak letak 1 tin susu cair, air tu agak2 dlm 3 tin. Tp kalu byk susu cair lg sedap sebenarnya..lebih berlemak dan berkrim. Bila dah cukup manisnye msukn air bncuhn tepung kastard..kalu rase nk kuah tu pekat letaklah bancuhan air tepung kastard tu lebih sket..
  3. Kacaulah sehingga ia nya mndidih. Bila dah jadi macam suam2 kuku gtu..campur la dgn agar2 yang telah dibuat awal (dipotong comel2) , buah dalam tin dan buah segar. Kalau nak tahan lama, buah segar tu xperlu la diletak..takut kang ada yang sakit perut nnt. Puding berkuah ni gak sedap dimakan sejuk2..jadi pastikan sentiase letak dalam peti ais..dalam peti ais bleh la bertahan 3-4 hari..

Itu sajalah..mak buat jadi aje..dan serius sgt sdp rasenya..
harap korang  buat pun jadi jgak..
selamat mencuba!!!!!!  


what a gooooooood ENGLISH!!! haha

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?

Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.


Suami: Errr... Aaaa, Ok2.


Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?


Suami : Betul...


.Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lalu si suami pun membatalkan hasratnya untuk berkahwin lagi..
 



::: huhuhuhu..bak kata sorang kawanku (kawan ker???..huhuhu) poligami tu x salah..orang yang berpoligami tu yang salu nye wat salah..senang cerita macam ni la..klu anda rasa anda tidak boleh mnjadi seadil Rasulullah s.a.w , xyah la nak berangan ok..
setia aje pada yang satu..kan da jalani idup susah senang bersama..xkan la nmpak si isteri (mentang2 anak da bersusun..bentuk badan da x cntik..lemak sana sini..x mnja2 mcm dulu) mcm x bp nak cantik mata memandang..kte nak cari lain plak kn..huhuhuhu..walau pape pun tepuk dada tnya selera anda ok!! (^_^)


saje letak..huhuhuhu..p ramlee memang terbaik!!!


tarikh lahir islam ku



::: korang semua mesti tertanya2 kn..pe agknye tarikh befday sndiri dalam bulan islam..klu bulan omputih beria2 diingatnye..tp dalam bln islam cmane plak?? haaa..da alang2 aku tjumpe..nak la di share kn skali wat korang smua..klu korang nak cek..just copy link ni :


http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar 



(isi la butiran befday korang..then pilih nak dari masehi ke hijrah) pastu leh la tgk yg kt bwh ni..kot sm ngan sikap korang tu.. :::

MUHARRAM
 Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR 
 Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya diamelakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL 
 Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadiorang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
 Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL 
 Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya.

JAMADIL AKHIR
 Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB 
 Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
 Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN 
 Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL 
 Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh oranglain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
 Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH 
 Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Delicious Donut