Blogger Widgets

Saturday 11 August 2012

warna air kencing dan penyakit!


Salam..kali ni nak cerita tentang hal kesihatan plak..actually blog ni cerita memacam..sume bnde ade..luahan  hati aku, hal ksihatan dan kcantikan, fakta pelik, dunia artis, ilmu agama, masak2, politik, sukan, makanan, fakta sejarah, pelajaran, hal cinta, berita terkini..haiiissshh kira smua bnde la aku nak sntuh klu bleh..heheh..ni nak cerita tentang air yang klua dalam badan kte..bukan air idung atau air peluh ok..tapi air kencing..

Jangan jijik..sebab sume orang pun buang air kecik kan..secara normalnya warna air kencing memang akan berubah-ubah. Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita. Warna kencing bening (warna jernih)  memang warna yang normal. Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.

Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari. Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan petunjuk bahawa tubuh kita perlukan air.

Namun, adalah baik kita untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya. Andai kata warna air kencing anda:
  • Kuning pucat atau jernih - warna urin normal
  • Kuning cerah – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex (sejenis produk shaklee)
  • Kuning gelap – dehidrasi atau kekurangan air yang teruk
  • Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax (sejenis produk shaklee)
  • Keruh/kekelabuan - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
  • Merah – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • Biru – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome (xtau la jenis penyakit ape..aku da cari kt ntenet xde sape nak cerita ttg penyakit nih)

Agaknye kaum lelaki suke ke tidak klu kt malaysia ada tandas macam nih..heheh..bleh bagi pendapat korang x?? huhuhu..walau apa pun..sama2 la kte perbanyakkan minum air..sebab banyak pekdah nye klu kte banyak minum air ni..badan pun bleh jadi sihat, kulit x kering dan kte bertenaga selalu..dan lagi satu jangan tahan kencing..kang penyakit lain plak datang..

p/s: nak produk vitamin yang lebih baik dan tiada kesan sampingan..bertukar la kepada produk amway ..huhuhu..ngah promote nih..sebarang pertanyaan bleh tanye aku.. (^_^)

asal usul baju kurung


hai smua..jmpe lagi hari ni..heheh..korang klu betul2 mengikuti blog aku..pasti tau yang aku ni adalah seorang  cekgu..dan uniform harian cekgu g keje msti la baju kurung..sbnarnye bagus juga baju kurung ni sbb die sejenis pakaian yang longgar dan x mnunjukkan bentuk badan..dan dengan memakai baju kurung juga..sorang pmpuan tu akan klihatan sungguh sopan dan manis sekali kan.. 

agaknye dari mana la datang fesyen baju kurung ni ek..aku tertanye2..dan aku trjumpe maklumat ni..dan trase nak share pade smua orang..bleh jadi satu lagi pengetahuan tambahan kan (^_^)


SEJARAH DAN ASAL USUL BAJU KURUNG DI MALAYSIA
Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ketika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pakaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya berkemban sehingga ke paras dada. Jika korang ada melihat Filem Melayu lama, Sultan biasanya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya. Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketika itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barang-barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis kain mudah didapati pada ketika itu.

Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula direka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sultan.

Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baju Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju kurung kekal digunakan oleh wanita.

<< tu la sedikit sebanyak info yang kte bleh tau..jadi jangan asik nak pakai suar jeans dan baju ketat je..or kbaye moden bagai..sekali sekala pakailah baju kurung..sbb kalau kte xnak pakai..sape ag nak pkai..xkan la orang negro plak nak pakai..ape kejadahnye..heheh

hubungkait tidur dan bantal!


Haaaissshh..di saat jam 2.30 ptg ni aku sungguh mengantuk..plus ngan resdung..penin n berair aje idung..tp skang bkn nak cerita tentang resdung..tapi tentang tidur or Zzzzzz.. orang kata memang ada hubungkait nye tido ngan bantal..macam aku..aku xbleh klu tdo satu bantal je..cnfirm x lena..koman2 nak kne ada dua..satu letak kpala..satu ag peluk..ye la..da tdo sorang..nak peluk sape lagi kan..peluk bantal je la..haha..ni ada tjumpe satu fakta..xtau betul ke x..tapi klu diikutkan ngn personaliti aku..mcm betul je..huhuhu..so korang bace sndiri..nilai sndiri ok!! 

Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik & sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka juga romantik. (ehem-ehem..heheh)

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak penyokong/supporter. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. (hmm..betul nih..sbb aku x pnh ag sorang2..dlu ms blaja ade kawan baik..skang ade mumuk)

Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. (xleh tdo klu de satu bantal je..rela amik mane2 beg jadi bahan letak kt kepala)

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha. (ni bukan aku kot..huhu)

Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. (tanpa bantal? lagi la bukan aku..)

Tidak punya bantal
Err..yang ni menunjukkan mereka sungguh daif sekali. Sebab sebiji bantal pun tak mampu beli..adoyaiiii.. (huhu..sian btul nih..beli je la..kt mydin msti ade yang murah2)

k la..nak tdo petang dlu..jmpe lagi nnt..take k.. zzzzzzzz 

tips solekan wajah mengikut warna kulit

salam smua..rase nye stiap wanita kt dunia ni suke klihatan cantik..ada yang begaye nak jadi mcm siti nurhaliza..die cnfirm lawa la kan..sbb ade produk kcntikan sndiri..orang korea mcm girl generation pun memg dikenali kiut2 blake..tapi sbenarnye kte orang biase ni pun bleh mnjadi cantik dan menyerlah klu kte pandai mnvariasi kan wajah dan pemakaian kte..huhuhu..da gaye mcm pakar fesyen plak aku..heh..

di sini..smpena nak dekat raye ni..teringin skali aku nak kongsikan tips solekan ngikut warna kulit (kulit putih, kuning langsat, sawo matang, coklat dan gelap gelita) yang sesuai digunakan untuk seluruh wanita..ia bleh jadi pengetahuan utk aku jgak..so..take a look!!! :)

KULIT PUTIH  

Memiliki kulit cerah bewarna putih berseri memberikan lebih pilihan warna buat korang (untungla..huhu) Pemilihan warna terang dan panas memberikan mood moden dan ceria. Pemilihan warna pastel menyerlahkan sifat kelembutan dan membuatkan korang nampak lebih manis dan segar. Pemilihan warna sejuk seperti warna gelap memberikan gaya elegan dan sesuai digayakan pada waktu malam. Warna paling sesuai untuk si kulit putih dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar. 

KULIT KUNING LANGSAT  

Warna kuning langsat ni macam warna kulit buah langsat..die x kuning sangat dan x putih sangat. Untungla manusia yang dapat kulit bewarna ini kerana mereka boleh memakai apa sahaja warna. Tetapi elakkan menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah korang kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi. Elakkan juga menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Korang mungkin akan kelihatan seperti badut..huhuhu. Sebaiknye pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari dan warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam. Untuk gadis kuning langsat yang ingin kelihatan eksotik, boleh menata rias wajah dengan warna emas.

KULIT SAWO MATANG   

Apa itu  warna kulit sawo matang?? kulit sawo matang ni macam warna buah ciku yang sudah masak..kirenye macam warna coklat (err..ni warne aku nih). Untuk si gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos. Elakkan menggunakan warna-warna pastel atau lembut kerana warna ini akan membuatkan wajah korang kelihatan tidak bermaya. Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam. Warna mengandungi pengilat untuk kesan berkilau sesuai bagi anda yang memiliki kulit sawo matang. Ini menyerlahkan daya tarikan dan personaliti anda. Kulit sawo matang jangan ragu-ragu untuk memilih warna ungu dan merah hati (maroon) agar korang kelihatan lebih menarik.

KULIT GELAP   

Xyah rase stress dan sdeh klu korang berkulit gelap..sbb kt dunia ni pun ramai artis dan supermodel yang cntik berkulit gelap. Untuk korang, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap korang. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar. Wanita berkulit gelap tidak digalakkan memakai warna terang seperti merah, jingga, kuning, hijau atau biru kerana ini akan mencacatkan penampilan. Sebaiknya bijak mengadun warna supaya kekal seimbang pada kulit sekali gus menyerlahkan penampilan yang segar dan memikat.


p/s: bersyukur aje la ngn warna kulit yang kte ade..x kire la korang aiskrim vanilla ke, aiskrim jagung ke, aiskrim coklat or aiskrim perisa kopi pekat..sumenye tetap sedap2 blake..dan ade pminat nye tersendiri..selamat menjaga kulit (^_^)

Wednesday 8 August 2012

lirik lagu gemuruh suara (TEAM MALAYSIA)

hai smua..skang aku masih dalam mood patriotik..
pe maksud patriotik tu ek?? patriotik tu klu ikut dalam ntenet ni aku cari..ia bermaksud..sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh individu atau sesuatu kumpulan..lebih kurang mcm tu la maksud die agaknye..heheh..patriotik ni leh bentuk dalam keadaan macam2..mngkin berjuang menentang musuh (contoh: askar n polis), berjuang dalam semangat kesukanan atau pertandingan yang melibatkan nama negara atau menghormati bendera malaysia dan just berdiri masa lagu negaraku dimainkan pun da kira sebagai seorang yang berjiwa patriotik..
sbenarnye aku masih dalam mood ni sbb kte kan dalam bukan kmerdekaan...pastu plus plak ngan sukan olimpik yang sedang berlangsung tu..walaupun negara kte xdpt emas..tapi stil ad beberapa orang atlit yang telah tnjukkan prestasi yang sangat2 membanggakan..tahniah dan terima kasih! 4 taun ag cube lagi ok..xmo sdeh2..huhuhu

ni aku post kan lirik lagu yang sedang berkumandang di blog aku nih..selamat menyanyi dan trus bersemangat untuk menjadi rakyat malaysia! (^_^)


Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,

Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!



p/s: aku suke lirik die mase awal..<Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita, Jangan cepat mengalah> trutama klu ramli sarip yang nyanyi..bersemangat aje nak adapi idup yang pnuh cabaran! dae han min guk! (tertibe korea..heheh..jangan mare)

Sunday 5 August 2012

bendi yang sangat sedap dan berkhasiat!

tinggal beberapa minit aje ag nak berbuke..msti sume orang pelik nape aku letak nama blog aku a lady finger ..banyak ag nama lain kan..actually lady finger kte bleh kategorikan kepada dua maksud::

1) lady finger -> jari wanita..kan ke aku ni wanita..dan aku menggunakan jari jemari tu untuk menaip di blog aku nih..pandai x? huhuhu
2) lady finger -> sejenis sayuran yang aku suke makan terutama klu wat masak goreng ngan cili bawang n ikan bilis..nama sayur nye dalam bahase melayu "bendi"

sayur bendi ni nampak sedap kan..huhuhuhu.apatah lagi dalam bulan pose macam nih..heheh..banyak kelebihan klu kte makan sayur bendi ni tau..walaupun badan die macam berlendir sket..tp klu btul cara masaknye..ia akan jadi sedap..aku suke klu bendi ni just dimasak simple mcm kt atas ni..or di masak dalam asam pedas..memang terangkat la!! huhuhu

Tapi agak tensen la jugak kan..ble kte nak masak..potong aje bendi tu..trus berlendir2 kt pisau n tangan..rase geli plak nak masak..jadi cane nak ilangkan lendir bendi nih??

petua pertama: Rendamkan hirisan atau bendi dalam air yang da dicampur 2 sudu cuka makan selama lima minit..toskan air nya dan kmudian rendam dalam air biasa..ramas2 bendi tu untuk buang sisa lendir.

petua kdua: Masak bendi seperti biasa..sebelum masakan korang tu diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping itu apabila sayur tersebut hendak dihidangkan.

petua ktiga: Basuh dahulu bendi tu kemudian baru lah potong sebelum dimasukkan dalam masakan..jangan basuh lagi lepas potong tu..sebab tu akan nyebabkan lendir2 nye makin menjadi2 banyak nye..huhuhu

Ni ada satu resepi bendi..nama menu die BENDI GORENG BERSAMA TELUR (upe die macam yang pic kt atas tu..sila lah try)


15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
1 biji telur - dipukul
2 - 3 cili merah dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Sedikit garam & perasa
Minyak utk menumis

Panaskan minyak & tumis bahan kisar (Cili merah, bawang besar dan putih) sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis..Masukkn bendi & dikacau..Masukkan garam dan perasa..Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya. (Telur ni kalau korang berminat letak la..mcm aku jarang letak..sbb x bp suke) Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..Siap utk dihidang dan dimakan bersama nasi putih yang baru di masak.. (U_U)

Petua da cakap..resepi pun da bagi..tapi apa kelebihan sayur bendi ni ek???
  • Menambah daya ingatan serta kecerdasan
  • Menstabil kandungan gula dalam darah
  • Melicinkan bahagian dalam usus besar
  • Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. 
  • Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. 
  • Ada yang mengatakan kacang bendi adalah  baik untuk yang murung atau keletihan
  • Merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan
  • Mengurangkan  radang paru-paru dan sakit kerongkong
  • Melawas pembuangan air kecil
  • Mengurangkan bengkak, bisul, kudis atau radang kulit
  • Untuk rawatan kencing manis
  • Mengatasi masalah sukar bersalin

aku faham perasaan itu ...

ada satu kesah cinta (bukan pasal aku ok..huhu) selama ni aku hanye tau kisah cinta sndiri..xpenah tau orang lain pnye..baru2 ni aku dapat tau satu luv story kwn sndiri..aku malas  nak crita secara detail..kerana x baik membuka aib orang..kang da macam ngumpat plak..yang bleh aku rumuskan..

die kapel ngan byfren die da 3 taun..bulan april ari tu tertibe aje byfren die menghilang..senyap terus..msg x balas..kol x jawab..xtau knape..da wat ayat sdeh, mrh, hepi..sume tetap x dilayan oleh sang kekasih..ada juge knkawan si boyfren bagitau kt member aku ni yang laki die tu da wat hal lain..tp die xnak caye..kirenye kalau die tgk ngan mata kpala sndiri baru la die pcaye..nak dijadikan cerita..minggu lepas ad satu waktu sahur tu, die bkk la fb byfren die tu (die tau pasword fb mamat tu) ternampak la msg byfren die tu ngan pempuan lain..msra smacam..apa lagi mengamuk la kwn aku tu..siap nak pi mah laki tu subuh2 ari..tp sume dak umah nye menghalang..ye la..mcm malukan diri..orang da xnak kan..tapi die tetap x puas hati..nak pi serang gak..nak tnye ngan lbeh detail..nak tau pkare yang sbenarnye..

Sdeh tgk kwn aku tu..tp tu la..orang da xnak..kte xleh wat ape..yg boleh dilakukan klu kte sayang dan cinta sangat pada orang tu..just doakan die sntiasa gembira dan bahagia wlu pun bukan dengan kte..klu ngan kte die tak rase kgmbiraan tu..lepaskan die pade orang yg die suke..memang klise kan ayat nih "kte akan gembira bile melihat orang yang kte cinta bahagia" tapi klu kte ikhlas mencintai die..kte xkan rasa marah sangat n dendam..

melihat ksedihan die.. (patutnye die da brsedia fizikal mental..sbb da 4 bulan pun byfren die meninggalkan die..lain la klu smalam baru say i luv u..ari ni tertibe wat hal..meroyan jugak kan..huhuhu) aku pun ikut trase sdeh..sbb aku faham perasaan die tu ble orang yang kte sayang suke pade orang lain..tp itu lah yang telah ditentukan..takdir dan liku2 idup nye telah ditentukan begitu..aku doakan selepas ni die akan bertemu cinta yang sejati..lagipun umo die tsangat lah mude lagi..baru awal 20-an..lain la aku..akhir 20-an..huhuhu..masih panjang lagi perjalanan kehidupannye..

pengajaran yang aku bleh dapat dari kisah cinta die tu..kte jangan terlalu mencintai orang..sbb klu jadi pape..xlah kte trase sangat penderitaannye..bak kate taglline blog aku..cakap memang senang kn..trutama pada situasi yang x blaku pade diorang..hanye orang yang terlibat dalam masalah cinte gini aje tau pe rasenye jika ditinggali cinta..smoge semua orang sntiasa bahagia dengan kehidupan masing2..amin..


p/s: i always luv u muk.. (U_U)



lee chong wei (hero sukan malaysia)

hai smua..ari ni da masuk ari ke-16 kte berpuase..tahniah yang masih berpuasa penuh stakat ni..yang x pnuh..jangan lupe ganti plak..hukksss..

malam ni (5/8/2012) jam 8 malam jangan lupe tonton perlawanan badminton di sukan olimpik london 2012 di antara hero Malaysia kte iaitu Lee Chong Wei menentang musuh tradisi die iaitu Lin Dan..salu nye kte macam kalah je ngan Lin Dan ni kan..hope ada la pluang kte menang di sukan dunia nih..ye la..teringin gak nak dengar lagu Negara ku berkumandang di London tu..dan aku dengar cerita..hadiah klu dapat emas bukan calang2 ok..kate nye dapat dua ganjaran..satu habuan wang dari kerajaan..dan satu lagi adiah jongkong emas arge rm2 juta dari satu syarikat persendirian..untung la badan..huhuhu...kte pun akan terima gak habuan..ni katenye Baskin Robbins akan memberi aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia melalui outletnya di seluruh negara klu Chong Wei dapat pingat emas..weh!! aiskrim mahal tu..heheh

Biodata
Nama penuh: 李宗伟 (Lee Chong Wei)
Tarikh lahir :21 Oktober 1982
Tempat lahir :Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi :1.74 m
Berat :60 kg
Tangan kegemaran: Kanan
Jurulatih : Rashid Sidek (terkini)

Ranking tertinggi :1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini: 2
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik: Pemenang pingat Perak di Sukan Olimpik Beijing 2008

Kerjaya Badminton
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade. 

> Di harap malam ni si Lee Chong Wei akan mendapat pingat emas yang pasti menjadi dambaan die dan seluruh rakyat Malaysia..die pun aku dengar cerita da nak bersara pasni..mngkin nak jadi jurulatih plak ke..ye la..umo skang pun da 29 kan..da x larat sangat da rasenye nak main 4 taun ag..patut tumpu pada khidupan peribadi die plak..ye la..orang da berkapel kan..sweet sangat rasenye..mase lawan semi final kmarin pun pakai cincin..azimat cinta kot..huhuhu..

jadi semua peminat sukan badminton, penyokong kuat pasukan malaysia di olimpik dan seluruh warga malaysia yang berbangga menjadi rakyat Malaysia..jangan lepaskan peluang menonton malam ni di saluran astro sukan (channel 830) dan sangat berharap klu RTM dapat siarkan gak..sian plak pade orang xde astro..RTM kate saluran dorang tu ''saluran olimpik anda'', jadi x reti2 nak siarkan ke??? bukan selalu pun kte dapat masuk final olimpik..sukan dunia tu..

akhir kate all da best to Lee Chong Wei..aku Aizatul Nurulain bt Mohd Halil selaku warganegara Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang lain x kira bangsa apa..kaum apa..akan mendoakan anda di sana..buat yang terbaik..jangan terlalu stress..sebab walau apa pun yang akan jadi..anda tetap hero badminton kami!! Malaysia Boleh!!! (^_^)

Lee Chong Wei dan girlfren die..pemain badminton gak..nama Wong Mew Choo)


p/s: satu aku kagum ngan Lee Chong Wei ni..die klu ditemuramah kt tv mesti akan cakap bahasa melayu dan sntiasa merendah diri..bukan mcm sesetengah orang..muke tu memang da cnfirm melayu asli..tapi ble cakap kt tv..sibuk nak cmpur cakap bahase melayu dan english..macam bagus!!!

selamat hari pahlawan perwira ku!

Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Jika mengambil kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga digelar pahlawan.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka mahu pun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan dibina sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

31 Julai saban tahun, negara Malaysia merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.




p/s: aku bangge menjadi anak askar dan darah askar ni lah yang mengalir dalam tubuh aku..ni yang nyebabkan semangat patriotik aku sntiase berkobar2..heheh..
Delicious Donut