Blogger Widgets

Thursday, 20 December 2012

warna dan personaliti diri ~~

hai smua..skang aku rase aku gle sket la..mcm ada masalah sakit mental plak rase..huhuhu..mgkin tekanan dalam diri dan sekeliling yang ada kt ngan aku kot..huhuhu..ni yang aku x bape suke lelame cuti dok kt umah ni..lots bnde nak pikir..haaaaisssshhhh...

skang ni dalam fb aku..aku malas nak letak pic..sbb aku pun x bape cantik..dan xde gambar tebaru nak letak..jadi aku letak la plain colour..nape aku letak warne tu?? jom kte semak these warna2 dan personaliti diri..ce korang tengok sama ad btul ke x diri korang ngan warne kesukaan korang (^_^)

Emas·
  • Positif- Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.·
  • Negatif- Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.
Putih 
  • Positif- Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.·
  • Negatif- Boros berbelanja
Kuning·
  • Positif- Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.·
  • Negatif- Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.
Merah 
  • Positif- Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.·
  • Negatif- Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.
Hijau 
  • Positif- Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.·
  • Negatif- Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.
Merah jambu·
  • Positif- Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.·
  • Negatif- Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.
Coklat·
  • Positif- Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
  • Negatif- Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.
Perak
  • Positif- Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.·
  • Negatif-  Mudah putus asa dan cepat merendah diri.
Ungu 
  • Positif- Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.·
  • Negatif- Sombong dan sedikit emosi.
Hitam 
  • Positif- Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.·
  • Negatif- Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.
Kelabu 
  • Positif- Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.·
  • Negatif- Cengeng dan agak pemalas
Jingga
  • Positif- Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.·
  • Negatif- Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.
Biru ·
  • Positif- Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.·
  • Negatif- Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Wednesday, 12 December 2012

tekanan darah rendah

Semalam dan kemarin aku cek la tekanan darah aku dengan menggunakan termometer cek tekanan darah ayah aku..tertibe die tunjuk tekanan aku yang agak kurang..pagi tu aku cek 98/54 mmHg..ayah aku pun cam pelik gak sbb mcm rendah sangat..tp mgkin tu sebab pagi lagi kot...aku pun baru bangun tdo..tu yang jadi gtu kot (ni andaian aku je..huhu) then malam tadi aku cek la lagi..102/68 mmHg..nampak mcm ok sket kan..tapi rasenye still rendah..

dan mngkin sbb tekanan darah tu rendah..tu yang mase aku derma darah dlu..teruk gak aku x sihat..mc dua ari tu..sbb jantung aku berdegup kencang macam nak terkeluar..serius cakap..rase mcm derita gile..tu yang aku da NEKAD..no more derma darah da pasni..heheh..

Sebenarnye ape bende tekanan darah rendah ni: 

Tekanan darah rendah atau Hipotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg atau tekanan darah cukup rendah sehingga menyebabkan gejala-gejala seperti pening dan pitam.

Dan punca tekanan darah rendah adalah seperti berdiri terlalu lama, belum sarapan pagi ataupun kurang tidur. Perkara ini mengebabkan darah kurang sampai ke kepala dan boleh menyebabkan jatuh pengsan. Oo..patutla mase skolah dlu aku x leh bdiri lama kt phimpunan..msti rase nak pengsan..so salu la aku wat alasan nak betulkan tali kasut (sebenarnye aku nak mencangkung..heheh).. 

Ada juga orang yang berterusan mengalami tekanan darah rendah. Jika mengalami hipotensi (macam nak pitam or pening2), perlu melakukan perkara-perkara berikut:
  • Bangun dari duduk atau baring secara perlahan.
  • Jangan berdiri terlalu lama.
  • Jangan terlalu lama berada dibawah sinaran matahari.
  • Makan makanan karbohidrat rendah.
  • Banyak minum air putih.
  • Jika perlu, tambahkan sedikit pengambilan garam.
  • Melakukan aktiviti senaman secara teratur.
Makanan yang digalakkan makan oleh orang yang ada tekanan rendah ini adalah seperti:
  • Ikan
  • Kerang
  • Kacang buncis
  • Sayur bayam
  • Sate kambing
  • Air kopi
  • Air masak/putih
  • Garam (tapi bukan macam tu je tau..kang darah tinggi plak..heheh)
Untuk pengetahuan korang sume, doktor2 salu panggil tekanan darah rendah ni HIPOTENSI dan tekanan darah tinggi plak HIPERTENSI..tapi yang mana lebih berbahaya ek antara tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah?

  • Menurut suatu kajian yang aku baca kt salam satu blog indon, hipertensi memang lebih berbahaya berbanding dengan hipotensi..menurutnya, disimpulkan bahawa tekanan darah rendah (hipotensi) mempunyai harapan hidup yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tekanan darahnya normal. Kajian lain juga menegaskan bahawa orang yang mengalami hipotensi sejak kecil usianya lebih panjang dan lebih sihat. (waaahhhhh..untung nih..hahaha)
  • Tapi, tekanan darah yang terlalu rendah pun tidak baik sebenarnya dan boleh membahayakan nyawa..seseorang dengan tekanan darah yang terlalu rendah, darahnya tidak mampu dipam masuk ke seluruh tubuh. Dengan demikian, sel-sel tubuh kekurangan nutrisi dan oksigen, yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kematian rangkaian. (aku pun x faham kematian rangkaian ni..nanti aku carikan info nya)

  • Jadi, pastikan tekanan darah anda sentiasa normal ok..jangan lupa cek selalu..jangan lupa makan dan jangan asyik marah2..huhu..banyak nya 'jangan'
huuu..ni sekarang pun aku rase pening..sbb x cukup tdo smalam..heheh..si resdung menyerang dan nyebabkan idung tsumbat..nak tdo siang dlu..gudnite!!! (^_^)

Saturday, 17 November 2012

beza gelaran dato' dan datuk


salam smua..smalam tertibe ayah aku tnye mak aku ms dok tgk maharaja lawak mega 2012..kan ke ac mizal pengacara die..kt nama die ada tulis Dato' AC Mizal..then ayah aku cam tertibe cnfuse..pe beza title DATO' dan DATUK ek??  klu datuk yang bercucu tu tau la..tu cnfirm la sbb da dapat cucu..then wife die kte x paggil datin..tapi nenek..heheh.. 

jom sesame amik tau ape perbezaan kedua-dua gelaran ni..sama ke x? (ni menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ok)

Dato’
  • Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja. Contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail dan lain-lain.
Datuk
  • Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. Contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan, Datuk Mokhzani Mahathir dan lain-lain.

So..mcm yang di nyatakan di atas..perbezaannye just dari siapa yang bagi..aku ingatkan mcm datuk tu diberi atas sebab yang sangat bagus..contoh kejayaan yang sangat melayakkan dan dato' tu di beri atas kejayaan sket2 je..sbb kebanyakkannye cam artis je dapat dato' nih..hahaha..jangan angin ok ngan statement aku nih!!

Aku kurang pasti apakah nilai-nilai dan kriteria penting untuk seseorang itu bergelar 'Datuk'. Ikut pe yang aku ade tbace kt satu blog tu tulis, sesiapa yg berjaya mengharumkan nama negara atau melakukan jasa terhadap rakyat jelata layak menerima anugerah gelaran DATUK/DATO'. Seseorang yg bergiat dalam arena politik biasanya mendapat bintang kehormat yg membawa gelaran DATUK/DATO' SRI. Dan individu yg mengkurniakannya sudah tentu dari para Sultan ataupun Agong. Ahli peniagaan dan dermawan selalunya sinonim dgn gelaran TAN SRI. Pangkat tertinggi iaitu TUN biasanya dianugerahkan kepada individu yg banyak berjasa dan kita sedia maklum bahawa setiap penyandang jawatan Perdana Menteri akan menerimanya selepas bersara dari jawatan tersebut.

Macam tu la serba sdikit yang kte bleh tau kan..kriteria yang betul2 nye kne tanya pada orang yang bagi la..tapi aku mcm terkilan sket, sbb rase nye telalu ramai yang jadi dato'/datuk nih..yang muda ada..yang artis jangan cakap la..contoh (bukan nak pertikai or mengata..jangan saman aku k) bebaru ni aku dengar Dato' Eizlan Yusof..wehhh..pe jase die pada ekonomi, perpaduan or menaikkan nama negara?? xtau la klu aku xnmpak.. haaaaiiiissshhhh..dan aku pun rase tkilan sket sbb sultan aku (pelissss..jangan saman..just pendapat saje (^_^) suke bagi gelaran mcm ni pade artis..sebaiknye kte bagi pada orang yang layak je..baru bnde tu nmpak berkualiti..bak kate orang.. quality is better than quantity kan?? 

Ni belum orang yang pkai letak je or beli je gelaran nih..mnkin nak nmpak mcm kaye kot..klu setakat encik/puan/cik x canggih sangat kan..huhu..pape pun..tahniah pade sume yang ada gelaran2 tertinggi di Malaysia..korang kne buktikan pada sluruh rakyat yang korang memang layak dapat anugerah2 tu smua atas kejayaan korang yang bombastik!!!

nak senang dapat gelaran ni senang aje..just letak je nama anak korang 'datuk paduka ali bin abu' cnfirm2 da jadi datuk paduka..xyah nak ngadap sultan..heheh..peace yawr!! (0_0)v

Thursday, 15 November 2012

B.I.S.U.L

hai smua..skang kte berada dalam sudut kesihatan..korang penah dapat bisul x?? aku rase sume manusia yang ada kt muka bumi ni msti penah dapat bisul nih..robot je yang xde kot..sbb dorang xde kulit..errrkkk..ade ke gtu? heh

BISUL
Bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di bahagian muka, leher, ketiak, punggung atau peha dan kawasan tubuh yang menpunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul boleh tumbuh dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunket.

KARBUNKET
  • satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih lagi di kalangan lelaki dewasa.
  • menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk dari bisul tunggal
  • berkembang dan sembuh dengan perlahan serta meninggalkan parut.
  • pesakit boleh mengalami demam panas apabila karbunket berlaku.
  • sesiapa yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne jerawat atau masalah kulit lebih berisiko tinggi untuk menghidap BISUL.. Pesakit dinasihatkan tidak memicit atau memecahkannya kerana ia akan merebak dan berjangkit. Antibiotik atau pengaliran surgikal diperlukan untuk membuang atau mencegah jangkitan.
PETANDA BISUL
  • ketulan merah dan bengkak berisi nanah yang menyakitkan
  • membesar dan menjadi lebih sakit dalam masa 5 - 7 hari.
  • bisul yang kronik boleh membesar hingga sebesar bola golf sebelum matanya pecah.
PUNCA BISUL
  • berlaku apabila satu atau lebih daripada folokel rambut - injap berbentuk tiup dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
  • bakteria ini berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawap untuk beberapa jenis penyakit serius termasuk jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung
  • punca jangkitan utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan.
  • Bakteria stafiokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau pecahan pada kulit.
ELAK BISUL 
  • elak berpakaian ketat
  • banyak makan buah-buahan, sayuran dan bijirin serta sejumlah kecil protin
  • elak makan makanan berlemak.
HILANGKAN BISUL
  • satu sudu garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuamkan dengan kain yang direndam ke dalam air suam bergaram ke kawasan yang dijangkiti selama 30 minit.
  • basuh bisul dua kali sehari
  • sapu antibiotik yang boleh didapati di farmasi dan tutup kawasan berbisul untuk elakkan kuman.
  • basuh tangan selepas membersihkan bisul.
  • pakaian atau apa saja yang di pakai tidak boleh dikongsikan.
::: gambar ni xde kne mengena ngan bisul ok..aku mcm geli nak letak gambar bisul tu..so sesame la kte mnjaga kulit secantik si Han Chae Young ni..die cantik kan..ni la pelakon korea ptame yang aku minat (^_^)

saye kturunan mandailing!

saye bangga dengan keturunanku ini..heheh..yg aku tau mak aku ade kturunan arab2 sket..dan abah aku plak keturunan mandailing..aku wlu pun mix..(heheh..kacukan kah aku??) xde la secantik diana dinelle, fathiya or sesapa la kan..tp stil ada keunikan nye tersendiri..heheh..dok dalam bakul pastu angkat sndiri nampak..huuuuu

mandailing tu ape yek?? kepada anda yang first time dengar..ni info tentang nye (^_^)


Suku Mandailing merupakan nama suku bangsa yang mendiami Daerah Mandailing Natal, Padang Lawas, Padang Lawas Utara dan sebahagian Daerah Tapanuli Selatan dii Sumatera Utara, Indonesia. Sebahagian pihak mengatakan bahawa Mandailing merupakan sebahagian daripada Suku Batak . Namun pihak lain berpendapat bahawa Mandailing merupakan kelompok masyarakat yang berbeza. Hal ini terlihat dari perbezaan sistem sosial, asal usul, dan kepercayaan. Pada masyarakat Minangkabau, Mandailing atau Mandahiliang menjadi salah satu nama suku yang ada pada masyarakat tersebut.

Suku Mandailing sendiri mengenal paham kekerabatan, baik patrilineal mahupun matrilineal. Dalam sistem patrilineal, orang Mandailing mengenal marga. Di Mandailing hanya dikenali belasan marga saja, antara lain Lubis , Nasution , Harahap , Pulungan, Batubara, Parinduri, Lintang, Hasibuan, Rambe, Dalimunthe, Rangkuti, Tanjung, Mardia, Daulay, Matondang, dan Hutasuhut.

Suku Mandailing mempuanyai seni dan kemahiran yang tersendiri seperti tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan.


ni adalah contoh tulisan yang ditemui di kawasan suku Mandailing..eh aku x faham la plak tulisannye..tapi beberapa perkataan aku tau la jgak..contoh:

rambut - obuk                                             hitam - lomlom
kepala - ulu                                                  putih - bottar
telinga - pinggul                                          kuning - gorsing
hidung - igung                                             merah - rara
gigi - ipon                                                     satu - sada
mulut - baba                                                tiga - tolu
dada- andora'                                              empat - opat
perut - bituha                                              enam - onam
pusat - pusot                                                tujuh - pitu
ketiak - kihik                                               sembilan - sambilan                                     
peha - haruppang                                       sepuluh - sapulu
burung - pilung                                           harimau - babiat
beruk - bodat                                              tikus - motci
ikan - ihan                                                    kucing - hoting
semut - porkis                                             ketam - rinjungan
tupai -kotok                                                 lalat - lanok
pepatung - siri-siri                                      lipas - ipos
berak - miting                                             gelak - martata
balik - mulak                                               pedas - siak
hangus - mosok                                           demam - marun
panas - milas                                               letih - loja
kilat - hirjop                                                 hantu - anggo
lapar - male                                                 banyak - bahat
besar - godang                                             kenyang - butong
siap - madong                                              sikit - sotik
makan - mangan                                         tidur - modom
mandi - maridi                                            mencuri - manakko
malam - borngin                                         pagi - menyogot
tua -tobang                                                  muda - poso
dekat -donok                                               jauh - dao
tulang -holi-holi                                          daun - bulung
nasi - indahan                                              lauk - ikkayu
rumah - bagas                                             tingkap - tirkap
cili - lasiak                                                    kunyit - hunik
parang - sandung                                        sendawa - terap
kacau - kocal                                                turun - mijur
pegang - golom                                            senget - pogol
duduk - juguk                                              berdiri - jongjong
mati - mate                                                  sengau - songo
semak - pot pot                                           garang - beteng

::: sebenarnye banyak ag yang abah aku da senarai dalam kamus yang home made dibuat sndiri..tapi penat plak aku nak taip smule..ni dari masa ke semase aku akan update..klu ada yang salah or silap, dimaafkan ok (^_^) ::: 

siape ustaz azhar idrus tu?

salam smua..ni aku baru pas tgk astro oasis channel 106..cite KEMAH KEMING USTAZ AZHAR IDRUS..adik aku suke sangat pak ustaz nih..klako sangat gamaknye..mak abah aku first time tengok pun rase best..gelak2 sume..wlu pun ade beberape pkataan yang aku x faham sgt..tp still dapat difahami ape ayat yang nak disampaikan..dalam cte tu ade sesi soal jawab bersama ustaz Azhar Idrus nih..aku tengok cara die jawab memang sempoi..dan memang tau je sume soklan yang diberi..rasenye soklan2 tu die baru dapat kot..sbb ceramah yang ditunjuk tu mcm live je..terer betul yek..dan aku tengok muke Ustaz Azhar Idrus ni bukan melayu tulen..cam ad kacukan arab gtu kot..jom kte siasat tentang latar belakang ustaz yang paling feymes skang ni.. (^_^)

  • Nama: Ustaz Azhar Idrus
  • Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
  • Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
  • Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
  • Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
  • Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.
  • Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
  • Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan.
  • Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
  • Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
  • Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
  • Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian laman web  beliau menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

  • Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.
Alhamdulillah la skang, wlu pun dunia semakin tua..for sure pun kiamat semakin dekat..dan orang di luar sana sibuk mengagungkan artis2, pemimpin politik dan sebagainya..masih ada lagi ulama di luar sana yang mengangkat ilmu agama di zaman serba canggih dan moden nie..bagus lah macam tu kan..ustaz, ada masa tolong doakan jodoh saye cepat sket smpai ek..ahakkksss.. 

Wednesday, 14 November 2012

perbezaan antara limau!

Ari ni cerita bnde masam sket lah..tapi bukan ketiak masam tu yek..heheh..bnde masam ni bagus sbnarnye utk kuruskan badan..jom kte berkenalan dengan beberapa jenis limau yang wujud di muka bumi ini..huhuhu

1. Limau Purut 
Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Ia berasal dari kepulauan Asia Tenggara dan boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Selalunya, buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.  Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.




2. Limau Nipis 
Limau nipis adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.







3. Limau Mandarin  
Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren.  Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada limau-limau lain.  





4. Limau Bali 
Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus.  Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.     







5. Limau Kasturi 
Limau Kasturi sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.








Ni la antara limau-limau yang kte salu makan kan..ada yang kite makan trus je mcm tu..ade gak dibuat air minuman dan ade gak yang just digunakan dalam sesi masak memasak..ehh..lupe gak, ada gak digunakan untuk ubat-ubatan, kecantikan n kesihatan dan pelbagai lagi..1001 kegunaan ok..begitu lah indahnye ciptaan Allah.. (^_^)
Delicious Donut