Blogger Widgets

Saturday, 14 July 2012

cerita lawak!! (untuk 18 taun ke atas..heh)

boring gak kan..blog aku ni sik crita tentang fakta je..sesekali kte iburkan ati dan ilangkan stress kt otak tu kan lebih baik..sni ada satu cerita lawak..harapnye lawak la kan..klu x lawak pun xpe..asalkan korang da tersengih sket dpn kmputer or lptop pun da kire bagus da tu..huhuhu

Alkisah....tersebutlah kisah...

Ada sorang duda anak dua yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Abu. Abu ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Abu yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. si Abu pun cuba la merisik-risik dengan kengkawannya, mana la tau kot ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Abu kerana dia ada calon yg sesuai untuk Abu. Abu sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun.

Beria-ria benar si Usin supaya Abu dapat menerima pilihannya. "nak ke dia kat aku yg dah tua ni, Sin??" tanya Abu. "kau tu pun bukannya tua sangat Bu, baru 35 tahun, rupa pun hensem lagi apa! Masih boleh lagi nak beroperasi! hahahah!!!" kata Usin membodek Abu. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. "Jangankan RM500 Sin, RM5000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam. Kita kan sahabat baik dunia akhirat" kata Abu tanpa berfikir panjang. 

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Abu itu. "kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siapkan diri je ok" janji Usin kepada Abu. 

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Abu, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Aminah atau nama glemernye Emy. Pasti orangnya secantik namanya. Hari tu Abu sungguh segak dengan pakaian songket serba kuning untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM5000 pemberian Abu. Sambil berarak, Abu segera membayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya, si Emy tu  nanti. Pasti malam pertamanya sungguh menarik dan indah. Janda berusia 18 tahun la katakan. Ada pengalaman dan masih bergetah lagi. Nyum Nyum. Abu terbayang adegan 18sx yang sudah tiga tahun x diperaktikkan. Sepanjang jalan Abu asyik tersengih2 gatal sambil berimiginasi dan agak naik sedikit adiknya yang berada dalam seluar. Nasib baik si Usin dan orang kampung yang mengiringinya tidak perasan. "Huu..ada peluang dapat anak lagi akhir tahun ni" kata Abu di dalam hati.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Abu disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Abu dengan senyum lebar. Maklumlah duda bertemu janda. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Abu, iaitu untuk bertemu dengan Emy. Abu pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. 

Tapi alangkah terkejutnya Abu bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Siap pakai gaun kembang warna kuning dan terdedah di bahagian dada lagi. Abu mulanya merasakan itu hanya lah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ria menyuruh nenek yang kerepot berusia hampir 70 tahun itu mencium tangan Abu, baru la Abu sedar itu lah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun. 

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Abu sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera nasi minyak terkejut beruk mendengar jeritan Abu. 

"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Abu sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata Emy tu 18 tahun!!!!" balas Abu. 

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun...tapi dia yang dah menjanda 18 tahun!!!". "Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!". Jeritan Abu bergema di seluruh kampung.





hahaha..kesian!!!

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut