Banyak penyakit yang boleh orang kne klu tkena gigitan dorang nih..Antara wabak penyakit berpunca bawaan nyamuk ialah malaria, filariasis (penyakit untut), deman denggi, deman denggi berdarah, deman kuning dan Japanese encephalitis (JE).
Wabak penyakit ini mudah merebak dan boleh mendatangkan maut dalam masa singkat setelah dijangkiti. Sebab itu, sesiapa mengidap malaria, deman denggi, deman denggi berdarah dan JE perlu mendapat rawatan segera.
Setakat ini boleh dikatakan hampir tidak ada vaksin khusus untuk menangai wabak penyakit bawaan nyamuk. Kalau adapun, kesan vaksinnya hanya untuk tempoh masa yang tertentu. Contohnya, vaksin untuk mencegah malaria yang diambil hanya mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat. Vaksin itu juga tidak berkesan serta merta.
Manakala tidak ada vaksin untuk mencegah deman denggi dan JE. Cara yang ada hanyalah dengan mengelak daripada digigit oleh nyamuk. Mangsa dijangkiti wabak perlu mendapat rawatan segera. Kelewatan mendapat rawatan boleh membawa maut dalam tempoh masa beberapa hari selepas dijangkiti virus.
Oleh itu, jaga diri sndiri ok..jangan amik mudah ngan binatang kecik bernama nyamuk nih.. adios!!!
No comments:
Post a Comment