Blogger Widgets

Monday 14 May 2012

cara nak hilangkan ulser mulut

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur. 

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. 

Bagaimana boleh dapat ulser?
  • Tekanan / stress
  • Kemungkinan jangkitan bakteria atau fungus
  • kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya
  • kekurangan zat makanan
  • hormon tidak seimbang
  • kurang rehat atau tidur
  • keadaan mulut yang kotor
Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. 

Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
  • Banyak minum air suam.
  • Berehat dan tidur dengan cukup
  • Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

p/s: kesimpulan yang aku bleh buat.. aku kne ulser kt mulut ni sbb hormon x seimbang, stress, and x ckup tdo..tp sbb utama sbb bibir aku tkene dawai braces ni..yg pasti petang ni aku nak pi spitai..mintak gel or ubat pape..takut jadi lain plak..n nak elak dari jadi lagi..sakit ooo..
haissssshhh..cpt le smbuh..



1 comment:

Delicious Donut