Blogger Widgets

Saturday 11 August 2012

tips solekan wajah mengikut warna kulit

salam smua..rase nye stiap wanita kt dunia ni suke klihatan cantik..ada yang begaye nak jadi mcm siti nurhaliza..die cnfirm lawa la kan..sbb ade produk kcntikan sndiri..orang korea mcm girl generation pun memg dikenali kiut2 blake..tapi sbenarnye kte orang biase ni pun bleh mnjadi cantik dan menyerlah klu kte pandai mnvariasi kan wajah dan pemakaian kte..huhuhu..da gaye mcm pakar fesyen plak aku..heh..

di sini..smpena nak dekat raye ni..teringin skali aku nak kongsikan tips solekan ngikut warna kulit (kulit putih, kuning langsat, sawo matang, coklat dan gelap gelita) yang sesuai digunakan untuk seluruh wanita..ia bleh jadi pengetahuan utk aku jgak..so..take a look!!! :)

KULIT PUTIH  

Memiliki kulit cerah bewarna putih berseri memberikan lebih pilihan warna buat korang (untungla..huhu) Pemilihan warna terang dan panas memberikan mood moden dan ceria. Pemilihan warna pastel menyerlahkan sifat kelembutan dan membuatkan korang nampak lebih manis dan segar. Pemilihan warna sejuk seperti warna gelap memberikan gaya elegan dan sesuai digayakan pada waktu malam. Warna paling sesuai untuk si kulit putih dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih cerah dan segar. 

KULIT KUNING LANGSAT  

Warna kuning langsat ni macam warna kulit buah langsat..die x kuning sangat dan x putih sangat. Untungla manusia yang dapat kulit bewarna ini kerana mereka boleh memakai apa sahaja warna. Tetapi elakkan menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah korang kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi. Elakkan juga menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Korang mungkin akan kelihatan seperti badut..huhuhu. Sebaiknye pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari dan warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam. Untuk gadis kuning langsat yang ingin kelihatan eksotik, boleh menata rias wajah dengan warna emas.

KULIT SAWO MATANG   

Apa itu  warna kulit sawo matang?? kulit sawo matang ni macam warna buah ciku yang sudah masak..kirenye macam warna coklat (err..ni warne aku nih). Untuk si gadis berkulit sawo matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu polos. Elakkan menggunakan warna-warna pastel atau lembut kerana warna ini akan membuatkan wajah korang kelihatan tidak bermaya. Boleh juga pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah malam. Warna mengandungi pengilat untuk kesan berkilau sesuai bagi anda yang memiliki kulit sawo matang. Ini menyerlahkan daya tarikan dan personaliti anda. Kulit sawo matang jangan ragu-ragu untuk memilih warna ungu dan merah hati (maroon) agar korang kelihatan lebih menarik.

KULIT GELAP   

Xyah rase stress dan sdeh klu korang berkulit gelap..sbb kt dunia ni pun ramai artis dan supermodel yang cntik berkulit gelap. Untuk korang, solekan nude masih berkesan. Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit gelap korang. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk kelihatan lebih segar. Wanita berkulit gelap tidak digalakkan memakai warna terang seperti merah, jingga, kuning, hijau atau biru kerana ini akan mencacatkan penampilan. Sebaiknya bijak mengadun warna supaya kekal seimbang pada kulit sekali gus menyerlahkan penampilan yang segar dan memikat.


p/s: bersyukur aje la ngn warna kulit yang kte ade..x kire la korang aiskrim vanilla ke, aiskrim jagung ke, aiskrim coklat or aiskrim perisa kopi pekat..sumenye tetap sedap2 blake..dan ade pminat nye tersendiri..selamat menjaga kulit (^_^)

1 comment:

  1. aiskrim baskin robbin .
    haagen dasz pn bolehhh

    ReplyDelete

Delicious Donut