Blogger Widgets

Friday 13 July 2012

gastrik ku semakin menjadi-jadi

ye..aku ada penyakit gastrik..tp ntah nape sejak akhir-akhir ni makin teruk..dlm kul 11 gtu aku da patut kne makan..klu x rase sakit sket kt perut..cmane nak adapi bulan pose nnt..haaaaiiissshhh..lagi teruk ad petang minggu lepas aku minum le nescafe ais (cam teringin nak minum..dan ms tu blum makan pape ag) terus malam tu kiok..jantung bdebar..nak nafas pun ssh..bdn berpeluh..rase sungguh x slesa..skang wlu ape pun msti makan..wlu pun sket..sebab klu sakit..aku sndiri yang menanggungnye!! huhuhuhu

mungkin korang ade gak gastrik..tp x prasan..jom semak info tentang penyakit yg melanda aku ni..bnde ptame ape itu gastrik?


Penyakit gastik or gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan..hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari tau..mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis: 

  • Sakit ulu hati 
  • Rasa mual 
  • Rasa perut kembung 
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah 
Penyakit ni merbahaya sangat x?? (takut ahh nak tau jawapannye)
  • Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah. (SETAKAT NI BELUM SMPAI BERDARAH AG..MUNTAH BUIH PUTIH SKET2 ADE LA)
Ni sbb ape pulak la penyakit gastrik ni bleh muncul kan..

Antara punca penyakit gastrik yang dapat dikenalpasti adalah: 
  • Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal 
  • Tekanan/stress 
  • Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang 
  • Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii 
  • Merokok 
Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati. 

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis. 

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang. (MUNGKIN SKANG AKU ASIK STRESS AJE..TU YANG MAKIN RASE TU)

So..pe ptt aku wat ek?

Ni aku dapat kt satu blog, die cakap, klu kte da ade gastrik..pe yang patut kte wat adalah:
  • Makan secara teratur 
  • Elakkan makanan yang pedas dan masam 
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
  • Mengawal stress dengan bijak 
  • Elakkan minuman berkarbonat 
  • Berhenti merokok 
Pastu klu korang xde gastrik..dan takut la penyakit ni datang melanda kan..so korang perlu:
  • Mengambil makanan mengikut aturan waktu..macam masa makan kt asrama dlu..sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam..
  • Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan orang yang veteran selalu terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut dan sakit-sakit badan. 
  • Elakkan tekanan or stress. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress..memang kengkadang kte rase sangat tertekan..terutaman mcm aku skang..hal kt tempat kje..hal pribadi..hal gigi..byk bnde nak fikir..tp yang aku leh wat skang utk elak dari tekanan perasaan (kang tension sgt..jerawat pun muncul) aku just bolayan je kt smua bnde..mls nak pk..lantak la ape jadi pun..heheh
  • Jangan merokok. Jika korang seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda. (DENGAR TU YEK PENGHISAP ROKOK..huhuhu)
Errr..gastrik ni bleh dirawat ke??

Alhamdulilla..berita baik nye..penyakit gastrik boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua tau..jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, nak baik perlu mengambil masa. Pape pun..perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini.

Tapi kan, jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. (ooohh..takut bunyi nye nih..pasti akan jage makan pasni)



so..korang semua pastikan jage ksihatan..akupun ngah nasihatkan diri sndiri ni..klu sakit nnt payah plak nak pulih..duit pun banyak klua..dan paling teruk..kte akan nyusahkan orang disekiling kte pulak..bak kate pepatah "LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MERAWATI"
arap info ni akan beri pengetahuan pade korang sume..jage diri dan ksihatan masing2 (^_^)


4 comments:

  1. elakkan stress ngn bela ikan :D

    ~mzmh

    ReplyDelete
  2. ahahahahahahaha..ye la mzmh.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Nk tya kalo gastrik peringkat awal teruk tak

    ReplyDelete
  4. Same goes to me!!! semue berkaittt, terima ksih info

    ReplyDelete

Delicious Donut