Blogger Widgets

Thursday, 22 March 2012

kebaikan makan tempe! nyum! nyum! haha

waduh-waduh2..sedap bangat dong!! tempe enak di makan begitu saja.. oh tempe! sungguh enak di makan begitu saja..(da gaya mcm iklan roti gardenia)

Dalam family, aku sorang je suke makan tempe..kate dorang tempe tu cm pahitla..tawar la..xde rasa la..rase aneh la..tp  bagi aku ianya sangat sedap..terutama kalau di goreng sama ngan ikan bilis pastu tumis ngan bawang cili..perrrhhhh!!! terangkat..makan ngan nasi putih tu pn da cukup bagus..xyah mkn lauk lain da..huhuhu..dlu masa ak blaja kt upm , rumet aku salu bawakkan sambal kering tempe + kacang + kentang..memang sedap sangat..huhu..bleh ratah mcm tu je..mcm makan pringles! 

apa itu tempe sebenarnya?

Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa dari Indonesia. Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Lagipun tauhu tu lembik x macam tempe..dan ak juge x suke makan tauhu..

Tempe juga terkenal di Malaysia sekarang ni dan sangat popular terutamanya di daerah yang terdapat ramai orang jawa seperti Selangor, Perak dan Johor. Tapi sekarang ni bukan orang jawa je suke makan tempe..orang x jawa pun suke makan!! huhuhu..

Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan cara memotong mereka menjadi kepingan-kepingan kecil (bentuk dadu or panjang sket), direndam dalam air garam, atau sos masin, dibuat kuah lemak bersama soon, dibuat hidangan hari raya (masak lodeh), sambal goreng, dan just digoreng bgitu saja dalam minyak banyak (deep fry la omputih kata..huhu) Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicicah cili sos, sup pekat dan kuah kacang.

khasiat dan kebaikan makan tempe!! (JOM SELONGKAR)

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit. - bleh elak keracunan makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung!
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempePALING SESUAI UNTUK WANITA YANG SEDANG BERDIET OR TAKUT GEMUK!!!! yeaaahhhh!!!!
5. Anti jangkitan. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol .- alternatif kalau tak suke makan oat. oat kan macam tawar dan aneh2 je rasenye..
7. Memiliki sifat anti oksidan - Makan tempe sure awet mude selalu..huhuhu..
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta pelbagai penyakit - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat marah. (macam aku ni sesuai la..hari-hari naik angin kt dalam kelas!)
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- dah tak payah lagi nak beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai. 
11. Dijauhi kanser kerana mempunyai pelbagai jenis vitamin dan zat besi - i.allah (mencegah kan lebih baik dari merawati)
::: so mula hari ini..cube pi mane2 supermarket n cari tempe..alaaa...sebungkus baru seringgit..banyak khasiat tau..selamat memakan!!! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut