Blogger Widgets

Sunday, 5 August 2012

selamat hari pahlawan perwira ku!

Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Jika mengambil kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga digelar pahlawan.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka mahu pun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan dibina sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

31 Julai saban tahun, negara Malaysia merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.




p/s: aku bangge menjadi anak askar dan darah askar ni lah yang mengalir dalam tubuh aku..ni yang nyebabkan semangat patriotik aku sntiase berkobar2..heheh..

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut