Blogger Widgets

Tuesday 5 June 2012

juri masterchef malaysia


::: aku suke sgt tengok rancangan masak..suke tgk majalah or buku masakan..suke makan..huhuhu..tp hakikatnye aku x pndai masak..heh..skang ni ngah cm suke sgt tgk masterchef malaysia..ari tu tgk masterchef malaysia..kini ketagih ngan masterchef slebriti malaysia yang ngah tayang kt channel ria astro 104..byk gak slebriti yang ade..cth: tomok, fazley, farouk, angah raja lawak, siti sarah, serina anak chef wan, raja azmi, azwan ali, pngacara hip tv kt tv9 tu karl shafiq dan ramai ag lah..sdehnye 1st episode, kte pnye angkasawan da terkelua..1st time aku tgk dr faiz kt tv..dan tnyate nampak baik n comei gak..calon suami mithali tu..haha..err..die da kawin ke blum ek (^_^)

tp mcm mnyampah skali kt azwan ali..masak x sberape..cakap aje yang lbeh..dengan slendang n kipas bagai..tringat kt emelda dlu..heh..tp for sure nye die xkan kuar awai..sbb tnpe die..cm bosan le crite tu kan..sbb mulut die kan kepoh..tp tu la..klu pndai masak xpe gak..ni aku tengok..nasi lembik, serawe durian cair..haaaaiiiisssshhh..dan ak cm terfikir gak nape azwan ali tu jadi gtu ek..ksian plak tgk..mcm x brape normal je..nnt ade mase aku akan investigate ttg diri die..tp skang jom kte bkenalan ngan juri tetap MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2012 ::: 

Chef Jo
Mohd Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 56 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

Chef Zubir
Berusia 46 tahun, Zubir Bin Md Zain atau Chef Zubir sentiasa nampak muda dan bertenaga. Jurulatih dan Ketua Pasukan untuk pasukan chef Malaysia ini sentiasa bersemangat tinggi memastikan kejayaan anak-anak buahnya dalam apa jua pertandingan masakan yang disertainya.

Chef Zubir mendapat pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Pendidikan yang diperolehinya tidak disia-siakan apabila menjadi pensyarah di institut yang sama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Selain itu, Chef Zubir pernah menimba pengalaman di bawah pengawasan Chef Anton Mossiman di Anton Mossiman Exclusive Dining Club Belgrave Square, London.

Beliau pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Chef Zubir juga turut melibatkan diri di arena antarabangsa dalam bidang masakan di Jepun, Austria, Amerika Syaraikat dan Singapura.

Chef Zubir pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan.

Chef Adu Amran
Beliau berasal dari Johor. Pada masa ini, beliau adalah Chef Perunding bagi Champor-Champor Restoran di London dan pernah membuat debut di MasterChef Malaysia musim pertama pada tahun 2011 selama 3 episod termasuk sebagai Hakim tetamu semasa episod akhir. Restoran beliau iaitu Restoran Champor-Champor di London itu pernah disenaraikan di dalam "UK Good Food Guide, the UK Michelin Guide and Zagat sebagai salah satu restoran terbaik di dunia. Restoran beliau itu juga telah memenangi  "Restaurant Magazine's Best Dishes Awards 2007" (Best Curry’ division).

Beliau mempunyai blognya yang tersendiri, iaitu http://www.chefaduamran.com/
Tidak banyak yang boleh diketahui dari chef ini kerana beliau merupakan juri baru yang telah menggantikan Chef Riz.



dari kiri: chef adu amran, chef zubir n chef jo
(aku suke tgk chef jo ni..sbb fesyen die unik btul..ngan bow, tali tu dan kemeja je tukar tiap kali episod..ble nak makan..kte amik bau dlu..heheh..tringin nak rase masakn diorang nih..sedap sangat ker???)

1 comment:

  1. mula2 saya kisar ramuan herba organik..dan tambah sedikit perahan jus lemon..dgn suhu sederhana, saya masukkan kacang buncis yang dikukus sempurna..ayam pula, dimasak dgn kombinasi kukus grill panggang kukus grill panggang kukus..dan

    ~~zmh

    ReplyDelete

Delicious Donut