Blogger Widgets

Wednesday 6 June 2012

B.U.D.U made in klantan!

Demo lah ni ni tok supo mulo
Tak berani kawe nok tego
Tengok kerling hujung mato
Tengok kerling hujung mato
Nyo mari angin sekak demo kayo

huhuhu..tertibe kawe kecek klate..
bakpe nye jadi gtu..
errr..ni bhase pe plak..heheh

sini ambo nak cite sket tentang makanan ore klate iaitu BUDU..
bende nye budu ni cik abe wehh..

ok..sebelum aku bertambah merabu meraban..meh nak story sket!

<< ni le budu yang mak aku suke makan..huhuhuhu >>

APAKAH ITU BUDU?? BERUDU KAH??

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. 
Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.
Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

KEBAGUSAN BUDU INI:

  • Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

  • Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal . 

  • Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

  • Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

  • Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

BUDU NI ADA GAK KELEMAHANNYE. IAITU:

  • Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. 

  • Budu mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

RESEPI BUDU:


Bahan-bahan ( 6 org )

8 sb budu ( cap ketereh atau pe2 aje )
4 ulas bawang merah
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1/2 sk garam
2 bj limau sambal

Cara-cara
- Dalam lesung batu, masukkan cili padi & garam. Tumbuk sampai lumat, masukkan kunyit hidup & tumbuk lagi.

- Kemudian masukkan pula bawang merah, tumbuk kasar2 sikit. Alihkan bahan2 tumbuk ke dalam piring kecil.

- Masukkan budu & perahkan asam limau, kacau rata. Siap untuk di makan bersama ulam-ulaman dan nasi panas :)

<< tu le serba sdikit tentang budu..dlu aku da penah cite tentang 
nasi beriani dan tempe.. >>
p/s: tringin sangat nak ber mak n abah mertua kan orang kelantan..hahaha..amin (^_^)

2 comments:

  1. x minat budu..x minat tempe..x minat cencaluk..
    minat tempoyak je huhu

    ~zmh

    ReplyDelete

Delicious Donut