Blogger Widgets

Wednesday 12 December 2012

tekanan darah rendah

Semalam dan kemarin aku cek la tekanan darah aku dengan menggunakan termometer cek tekanan darah ayah aku..tertibe die tunjuk tekanan aku yang agak kurang..pagi tu aku cek 98/54 mmHg..ayah aku pun cam pelik gak sbb mcm rendah sangat..tp mgkin tu sebab pagi lagi kot...aku pun baru bangun tdo..tu yang jadi gtu kot (ni andaian aku je..huhu) then malam tadi aku cek la lagi..102/68 mmHg..nampak mcm ok sket kan..tapi rasenye still rendah..

dan mngkin sbb tekanan darah tu rendah..tu yang mase aku derma darah dlu..teruk gak aku x sihat..mc dua ari tu..sbb jantung aku berdegup kencang macam nak terkeluar..serius cakap..rase mcm derita gile..tu yang aku da NEKAD..no more derma darah da pasni..heheh..

Sebenarnye ape bende tekanan darah rendah ni: 

Tekanan darah rendah atau Hipotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg atau tekanan darah cukup rendah sehingga menyebabkan gejala-gejala seperti pening dan pitam.

Dan punca tekanan darah rendah adalah seperti berdiri terlalu lama, belum sarapan pagi ataupun kurang tidur. Perkara ini mengebabkan darah kurang sampai ke kepala dan boleh menyebabkan jatuh pengsan. Oo..patutla mase skolah dlu aku x leh bdiri lama kt phimpunan..msti rase nak pengsan..so salu la aku wat alasan nak betulkan tali kasut (sebenarnye aku nak mencangkung..heheh).. 

Ada juga orang yang berterusan mengalami tekanan darah rendah. Jika mengalami hipotensi (macam nak pitam or pening2), perlu melakukan perkara-perkara berikut:
  • Bangun dari duduk atau baring secara perlahan.
  • Jangan berdiri terlalu lama.
  • Jangan terlalu lama berada dibawah sinaran matahari.
  • Makan makanan karbohidrat rendah.
  • Banyak minum air putih.
  • Jika perlu, tambahkan sedikit pengambilan garam.
  • Melakukan aktiviti senaman secara teratur.
Makanan yang digalakkan makan oleh orang yang ada tekanan rendah ini adalah seperti:
  • Ikan
  • Kerang
  • Kacang buncis
  • Sayur bayam
  • Sate kambing
  • Air kopi
  • Air masak/putih
  • Garam (tapi bukan macam tu je tau..kang darah tinggi plak..heheh)
Untuk pengetahuan korang sume, doktor2 salu panggil tekanan darah rendah ni HIPOTENSI dan tekanan darah tinggi plak HIPERTENSI..tapi yang mana lebih berbahaya ek antara tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah?

  • Menurut suatu kajian yang aku baca kt salam satu blog indon, hipertensi memang lebih berbahaya berbanding dengan hipotensi..menurutnya, disimpulkan bahawa tekanan darah rendah (hipotensi) mempunyai harapan hidup yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tekanan darahnya normal. Kajian lain juga menegaskan bahawa orang yang mengalami hipotensi sejak kecil usianya lebih panjang dan lebih sihat. (waaahhhhh..untung nih..hahaha)
  • Tapi, tekanan darah yang terlalu rendah pun tidak baik sebenarnya dan boleh membahayakan nyawa..seseorang dengan tekanan darah yang terlalu rendah, darahnya tidak mampu dipam masuk ke seluruh tubuh. Dengan demikian, sel-sel tubuh kekurangan nutrisi dan oksigen, yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kematian rangkaian. (aku pun x faham kematian rangkaian ni..nanti aku carikan info nya)

  • Jadi, pastikan tekanan darah anda sentiasa normal ok..jangan lupa cek selalu..jangan lupa makan dan jangan asyik marah2..huhu..banyak nya 'jangan'
huuu..ni sekarang pun aku rase pening..sbb x cukup tdo smalam..heheh..si resdung menyerang dan nyebabkan idung tsumbat..nak tdo siang dlu..gudnite!!! (^_^)

1 comment:

  1. salam..

    ade trbace dr biovco.com psl tknn drh rendah nie jgk..
    actually, tknn drh rndh leh diklasifikasikn sbgai apabila tknn drh rendah dr 90/60 mmHg.
    kalo kurg dr 50mmHg, kemungkinan besar drh xleh dipam ke slrh bdn dan mgkin mengakibatkn serangan jantung ataupun strok.

    ~~

    ReplyDelete

Delicious Donut