Blogger Widgets

Saturday 17 November 2012

beza gelaran dato' dan datuk


salam smua..smalam tertibe ayah aku tnye mak aku ms dok tgk maharaja lawak mega 2012..kan ke ac mizal pengacara die..kt nama die ada tulis Dato' AC Mizal..then ayah aku cam tertibe cnfuse..pe beza title DATO' dan DATUK ek??  klu datuk yang bercucu tu tau la..tu cnfirm la sbb da dapat cucu..then wife die kte x paggil datin..tapi nenek..heheh.. 

jom sesame amik tau ape perbezaan kedua-dua gelaran ni..sama ke x? (ni menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ok)

Dato’
  • Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja. Contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail dan lain-lain.
Datuk
  • Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. Contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan, Datuk Mokhzani Mahathir dan lain-lain.

So..mcm yang di nyatakan di atas..perbezaannye just dari siapa yang bagi..aku ingatkan mcm datuk tu diberi atas sebab yang sangat bagus..contoh kejayaan yang sangat melayakkan dan dato' tu di beri atas kejayaan sket2 je..sbb kebanyakkannye cam artis je dapat dato' nih..hahaha..jangan angin ok ngan statement aku nih!!

Aku kurang pasti apakah nilai-nilai dan kriteria penting untuk seseorang itu bergelar 'Datuk'. Ikut pe yang aku ade tbace kt satu blog tu tulis, sesiapa yg berjaya mengharumkan nama negara atau melakukan jasa terhadap rakyat jelata layak menerima anugerah gelaran DATUK/DATO'. Seseorang yg bergiat dalam arena politik biasanya mendapat bintang kehormat yg membawa gelaran DATUK/DATO' SRI. Dan individu yg mengkurniakannya sudah tentu dari para Sultan ataupun Agong. Ahli peniagaan dan dermawan selalunya sinonim dgn gelaran TAN SRI. Pangkat tertinggi iaitu TUN biasanya dianugerahkan kepada individu yg banyak berjasa dan kita sedia maklum bahawa setiap penyandang jawatan Perdana Menteri akan menerimanya selepas bersara dari jawatan tersebut.

Macam tu la serba sdikit yang kte bleh tau kan..kriteria yang betul2 nye kne tanya pada orang yang bagi la..tapi aku mcm terkilan sket, sbb rase nye telalu ramai yang jadi dato'/datuk nih..yang muda ada..yang artis jangan cakap la..contoh (bukan nak pertikai or mengata..jangan saman aku k) bebaru ni aku dengar Dato' Eizlan Yusof..wehhh..pe jase die pada ekonomi, perpaduan or menaikkan nama negara?? xtau la klu aku xnmpak.. haaaaiiiissshhhh..dan aku pun rase tkilan sket sbb sultan aku (pelissss..jangan saman..just pendapat saje (^_^) suke bagi gelaran mcm ni pade artis..sebaiknye kte bagi pada orang yang layak je..baru bnde tu nmpak berkualiti..bak kate orang.. quality is better than quantity kan?? 

Ni belum orang yang pkai letak je or beli je gelaran nih..mnkin nak nmpak mcm kaye kot..klu setakat encik/puan/cik x canggih sangat kan..huhu..pape pun..tahniah pade sume yang ada gelaran2 tertinggi di Malaysia..korang kne buktikan pada sluruh rakyat yang korang memang layak dapat anugerah2 tu smua atas kejayaan korang yang bombastik!!!

nak senang dapat gelaran ni senang aje..just letak je nama anak korang 'datuk paduka ali bin abu' cnfirm2 da jadi datuk paduka..xyah nak ngadap sultan..heheh..peace yawr!! (0_0)v

8 comments:

  1. info yg menarik hhuuhu .

    ReplyDelete
  2. kalo perasan sultan pahang selalu bg artis@selebriti gelaran dato' ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..no komen..nanti kena saman pula..huhu

      Delete
    2. leh je komen..tp jgn smpai pihak istana tau la huhu

      Delete
    3. http://sanggahtoksago.blogspot.com/2011/03/sultan-kelantan-murka-ada-ngo-yang-jual.html

      Delete
  3. perbezaan boleh dilihat dari negeri mana dia dikurniakan pangkat tersebut. kalau golongan artis kebykkannya dari pahang.

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha, tergelak saya baca entry nih..tp betul kan...saya pon ter konpius sebenarnya, ...skang ni makin ramai yg dpt gelaran datuk/dato' .....
    (jangan saman saya jugakkk....)

    kehairanan je..tak jeles pun..hahahahhaha

    ReplyDelete

Delicious Donut