::: cakap memang senang kn..trutama pada situasi yang x blaku pade diorang.. haiiisshhh :::
Sunday, 24 June 2012
hukum warnakan rambut dari perspektif Islam
bertemu lagi semua..lama da x nulis..sibuk ngan tempat baru..
jangnn ditanya seronok atau tidak..kerana wlu ape pun jadi kt sini kena lalui jgak..sbb pilihan dan kputusan telah dibuat..jadi jangan banyak bunyi..nangis banyak mana pun..nak balik banting sekarang pun xbleh..sbb ni la telah ditakdirkan..huhu
ape nak crita hari ni..mungkin satu fakta dan pengetahuan kot..
memandangkan hosmate baru aku berambut bewarna (bukan nak mengumpat ok..sekadar memaklumkan..heh) disini, nak diceritakan tentang hukum warna rambut dari sudut islam..
sebenarnye tringin gak nak warne cm diorang..tp memandangkan rambut pun x cantik..kang buatnye salah warna..gugur sume..x ke ngeri..heheh..dan aku pun cekgu..solat zohor asar di skolah..x manis dipandang cekgu2 lain..kang dikutuk sepanjang zaman..haaaiissshh..
ok..hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami. (ehem-ehem..ni kalu suami tlebih suke tgk lady gaga..kne tiru fesyen die le..heh)
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.
Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah. Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.
Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.
Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.
Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.
harap nye semua faham yek..ni kt bawah ni rase nye mcm aneh sgt fesyen rambut nye..ade sesape nak wat gtu..ish!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam nak hilangkan dye rambut tu semua? i mean, rambut dh guna permanent dye. nak tkr smula? any idea?
ReplyDelete