hari ni nak ceritakan satu kesah..
anak-anak dengar ye..huhuhuhu
Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta (perigi yang da xde air..xleh gune da). Kambing tersebut pun mengeluarkan bunyinya dalam suara yang serak2 basah gtu.. "embek..embek..embek" atau pun "tolong..tolong..tolong" sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta yang sedalam 20 kaki itu..dalam tu..kalah perigi buta dalam crita hantu jo-on tu (haiiissshhh..memalam cakap pasai antu..cari nahas tul!)
Perbincangan untuk memikirkan cara nak selamatkan si kambing mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak dapat menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. (untuk pengetahuan semua..pnduduk kampung tersebut tersangatlah lemah daya pemikiran mereka..mungkin x banyak makan kismis agaknye..heh)
Akhirnya, mereka sepakat membawa berkat, di kampung si pening lalat, mengucapkan selamat pengantin baru, (haiiiisshhh..ape aku merepek menyanyi lagu pening lalat cite ahmad albab nih).. kmbali kepada cerita..akhirnya mereka mengambus perigi buta tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing itu menular ke seluruh kampung..
Bagi mereka, "ohh..bijak sungguh cadangan itu, ia dapat mengelakkan pencemaran udara nanti" jadi salah seorang dari penduduk kampung tersebut menjerit. (oh..dia adalah calon ketua kampung pilihanraya musim depan..itu yang dia bersemangat mengepalai misi tersebut..mau tarik undi..heheh) dia menjerit " wahai penduduk kampung yang cuma bilangannya 42 orang termasuk bayi-bayi, mari kita kumpulkan pasir dan tanah untuk mengambus perigi buta ini"
Maka, penduduk kampung tanpa segan silu dan tanpa rasa sedih mendengar suara rayuan kambing tersebut terus menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa almari (ini adalah peribahasa yang telah dimodenkan..jarang kita mendengar manusia jatuh ditimpa tangga sekarang), begitulah nasib si kambing tersebut. Sudahla jatuh ke dalam perigi buta kerana kecuaian sendiri yang tidak menggunakan mata ketika berjalan, malah akan pula dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung.
Pasti tamat riwayat si kambing itu..malang sungguh nasibnya. Namun si kambing itu tidak kenal erti putus asa (Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!), setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi (dituang ke perkataan yang sesuai?? agghh..lantak..aku bukan cekgu bm..heh), si kambing tersebut akan menggoyangkan badannya ala-ala inul gtu..niatnya bukan hendak menggoda penduduk kampung agak menghentikan aktiviti mengambus itu, tetapi bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya..
Penat kerana tidak dapat makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan si kambing itu, sebaliknya die makin bersemangat sampai keluar keringat di ketiaknya (errr..kambing ada peluh ke?? maaf saya bukan cekgu sains). Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia menjerit sekuat hati "embekkkkkkkk!!!!!!" atau di translate kan "ye! aku berjaya!!!!!" dan melompat keluar dengan penuh girang dan tersenyum seperti ini..
comel x?? bukan aku ok!!
moral of the story:
Allah befirman yang bermaksud "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan"(Surah Al-Insyirah ayat 5 & 6)
::: Sesungguhnya ALLAH Maha Megetahui kan :::
No comments:
Post a Comment