Blogger Widgets

Monday, 30 July 2012

dejavu di kinabalu (bazli ke ammar?? huhu)

hai smua..berpuase x ari ni?? huhuhu..
skang ni klu nak mnunggu waktu berbuke puase tu..msti aku ngan dak umah akan dok dpn tv menononton satu drama bersiri di slot akasia tajuk DEJAVU DI KINABALU..waktu siaran die isnin till khamis dari 7 pm smpi 8 pm..tp wat korang yang nak tgk cm da telambat sket la klu nak tau full story die..sbb minggu ni da last..

pe maksud "dejavu" tu ek?? Dejavu tu adalah perkataan dari bahasa Perancis bermaksud "pernah dilihat".Contoh: perkara/situasi yang sedang kita lalui/rasa/lihat skarang klihatan macam sesuatu pengalaman/rasa yang kita pernah lalui/lihat sebelum ni..

nape cite best sangat??? meh nak cerita sinopsis tentang cerita tu..


Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar. Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira. Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli? (kalau nak tau..kne tunggu episod akhir die khamis ni..pilihan Nadira (sama ada Bazli atau Ammar adalah berdasarkan sms dari penonton)..suspen kan? sebab xde sape dapat teka sape yang akan gembira dan sape yang akan kecewa..

Tapi kalau bagi aku la..aku lbeh suke BAZLI..knape? sbb die sorang laki yang setia, bkorban apa saja dan sntiasa amik berat tentang Nadira masa die ngah sakit dan smpai skang pun..walau pun die tau si Nadira tu da beralih arah..da la baik, hensem, kaye lak tu..huhuhu..tapi tu x penting..yang penting bazli xpnah wat salah or bnde yang melukakan ati Nadira..lagipun Ammat tu pun sbnornye ade conflict dalaman gak..sbb die bkn nye 100% totally cinte pada Nadhira..sbb die masih nmpak bayangan Innara dalam diri Nadira..da la dpt tau jantung yang Nadira pkai tu milik kekasih die..haaiiiissssshhhh..pmpuan jnis mcm ni pun ade ke? da ada yang bagus..sibuk pi bukak hati pade orang lain..heh

so..tunggu aje khamis ni..tengok sama ada aku ngan sorang hosmate aku yang menang (ktorang pilih Bazli) or sorang lagi hosmate aku (pilih Ammar).. suspen kan!! huhuhuhu (^_^)


Sunday, 22 July 2012

hamid gurkha (penyeri industri lakonan negara)

hai!!! bosan la asik cerita tentang artis lelaki yang hot je..contoh remy ishak, fahrin ahmad, rosyam nor, shaheizy sam, samsul anak yusof aslam tu..pe kate kte cerita tentang pelakon lama yang sering kali kte lupakan..salu nye kt malaysia ni..klu orang tu da mati..baru la teringat2..baru la nak bagi anugerah or pengiktirafan bagai..klu idup ag..wat de' je..contoh mcm allahyarham Tan Sri P.Ramlee la kan..bile da xde kt dunia ni baru la dikenang-kenang.. (emo aje aku skang ni yek..huhuhu)

so..dengan rase penuh bangge dan setinggi2 penghargaan aku nak cerita kan tentang sorang pelakon hebat (walaupun just byk jadi plakon tempelan, pembantu or undangan..beliau tetap berjaya diingat dengan watak2 nye).. pelakon veteran bernama HAMID GURKHA..beri tepukan paling gemuruh!!!

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul pada 1978. Hamid Gurkha masih aktif dalam bidang seni, biarpun usianya kini menjangkau 79 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933 di Segambut, ketika negara masih lagi di bawah penjajah. Hamid Gurkha memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun bermula pada 1950. Kini beliau menetap bersama keluarga ya di Klang, Selangor.

Perjalanan Hamid Gurkha dalam bidang seni bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian terus melamarnya untuk membuat persembahan pentas.

Hamid Gurkha pernah menjayakan filem Main-main Hantu (filem yang memberi impak besar kepada beliau) pada tahun 1990, filem Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombi Kampung Pisang dan terbaru, Alamak Toyol.

Di atas kesungguhan beliau dalam bidang seni, Hamid Gurkha pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada 1982.

Walaupun usianya kini sudah lanjut, Hamid Gurkha bersyukur kerana tidak mengidap  sebarang penyakit merbahaya. Penglihatannya juga masih jelas dan boleh memandu untuk pergi ke lokasi penggambaran. Selain dari wang hasil lakonan, beliau kini menerima pencen askar sebanyak RM720 sebulan.

tu saje info yang aku dapat share kan kt korang semua kali ni..pade budak2 mude yang x sure mana satu Pak HAMID GURKHA..tengok muke pakcik kat bawah ni dan tengok balik film zombi kampung pisang..korang nampak la muke die..huhuhuhu..dan pade penganjur anugerah seni di Malaysia ni..kenang-kenang la jasa pelakon lama seperti ini..jangan asik bagi adiah pade pelakon yang sama je..dan pemberi adiah pun orang yang sama aje..bosan da tengok!!! bagi la pluang pada artis veteran seperti ini naik ke pentas untuk memberi atau menerima adiah..jaga diri dan kesihatan pak hamid..terima kasih kerana telah menghiburkan kami rakyat malaysia (^_^)


Saturday, 21 July 2012

Ramadhan tiba lagi (ku sungguh teruja!)

skang da bulan Ramadhan..dan di saat aku menulisnye..adalah ari pertama aku berpuase bagi tahun 2012 ini..dan skang jam 4.38pm..ada tiga jam ag..wuaaaaa..perut ad da berbunyi2..maklumla asik disumbat makanan je..ble kosong mcm ni..rase klaparan aje..hehehe..alaa..biasa la puase..cm aku aku ni 1st time pose plak..hikk

Bulan Ramadhan ni ada banyak kelebihannye..Nabi kte iaitu Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Menurut satu hadis:
  • Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
  • Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
  • Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
  • Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
Dan bagi pada sesiapa yang terlupa cara nak baca niat puase..bleh tengok kt gambar di bawah..maklum la puase kan setahun sekali :)

Dan di sini dikepilkan, amalan sunat yang boleh di praktikkan di bulan Ramadhan::

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
- Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
- Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
- Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
- Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
- Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
- Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
- Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
- Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
- Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
- Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
- Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
-(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
- Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
- Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
- Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
- Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
- Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
- Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Jadi anda smua, ambil peluang di bulan Ramadhan ni untuk pertingkatkan amalan dan kumpul pahala sebanyak mungkin..ni nasihat untuk aku jgak..klu berkelapangan tu..pergi la solat tarawih..ok..selamat berbuka semua..jangan membazir makanan..ingat! orang tamak selalu rugi..bagai anjing dengan bayang2..huhuhu

Assalamualaikum (^_^)

boleh bawa hp ke skolah mulai tahun 2013


ni minggu lepas aku ad terbaca berita kat suratkhbar berita harian tentang penggunaan hand phone or nama melayu nye telefon bimbit dan i pad ke sekolah mulai 2013..kire nye senang cakap budak skolah bleh bawak hp dan ipad ke sekolah..xkire ape model pun..bleh aje bawak..hmm..aku sebagai seorang guru berpendapat mcm gini..dan rase lebih byk buruknye dari baik klu dak bwk hp ke skolah..dan antara kburukkan nye (maaf la klu ayat aku macam emo je..sakit ati..heheh) :

1. BEBAN CEKGU AKAN BERTAMBAH
- haaaiiissssshhh..dlu xbleh nak rotan..hanye kuase diberikan pade cekgu disiplin je..tu pun ada cara2 nye nak merotan..bukan bleh pkai sebat je..kang x memasal masuk suratkhabar..masuk berita..da la skang nak kne kawal perangai budak yang ntah pape (suke mlawan, kuang ajar, xnak dgr ckp orang dll) skang nak bagi dorang bawak hp pulak..bagus-bagus..
- klu sekarang ni budak bawak hp..ckgu bleh la rampas..lepas ni..dorang pulak akan cakap "cikgu xde hak nak ambik hp saye..sbb kementerian da luluskan bleh bwk hp pi skolah" senyap je le cekgu pasni..

2. KECURIAN CONFIRM AKAN JADI
- bawak ipad pi sekolah ok?? da la hargenye cnfirm mahal..rasenye ad ramai cekgu yang x mampu nak beli bende alah tu (contoh: aku la..heheh) ..sedangkan pemadam yang hrge 20 sen dan pensel sebatang pun bleh kne curi..bleh ilang..inikan pulak hp dan ipad yang mahal dan canggih..pastu klu da ilang or rosak, mula lah jadi kes..malas tul nak layan!

3. FOKUS BELAJAR MAKIN KURANG
- sekarang ni xde hp pun budak skolah malas blaja..suke sangat bercakap dan bising ms dalam kelas mcm cerita tu penting sangat nak diceritakan smpi xbleh tunggu waktu rehat or ms cekgu xde..pasni ade hp, for sure akan main sms bawah meja nye..main angry bird ke..main game ular ke..lagi teruk klu ade yang advance, pi bukak web lucah or simpan vdeo yg x senonoh kt hp..pengaruhi kawan2 lain yang naif utk tengok..dan akhirnye gejala sosial ntah pape ni akan terus berleluasa dan susah nak dibendung..

4. RAKAM PERKARA TIDAK BERMORAL
- ni aku bukan pakai cakap aje..tapi kte takut ni la kmungkinan yang akan terjadi..budak zaman sekarang adalah manusia generasi Y, bukan mcm budak zaman dlu..zaman aku dlu..sikap menghormati orang tu masih tebal dalam sanubari..mana la tahu dengan adanya hp canggih2 berkamera 800 mega pixel, dirakamnye aksi cekgu sedang korek idung ke..di upload pulak kt youtube sbb bnci sangat ngan cekgu tu..xpun rakam aksi kawan yang sedang enak membuang air besar or kcik kt jamban..kmudian wat ugutan..x ke haru..pastu mule la gaduh, bertumbuk, down/murung sbb kne ejek, menangis bagai nak rak..tu sape nak kne handle?? kementerian or ppd yang cadangkan bnde ni nak tolong setelkan ke??? 

5. DEMI KESELAMATAN PELAJAR
- demi keselamatan pelajar konon..ye..saye faham..orang kate malang x berbau..memang..tp aku masih ingat pengetua aku ad ckp dlu..klu pelajar berada di sekolah..insya Allah keselamatan mereka akan terjamin..sbb bukan ade orang luar sesenang hati bleh masuk..orang msti kondem sbb aku xde anak ag..so xtau la perasaan dorang nak mninggalkan anak kt sekolah..laaaa..cekgu kan ade..tukang kbun pun ade..bleh tgk2 kan..xkan la nmpak budak tu muntah2 sbb demam..cekgu wat bodoh je..
- setakat nak kol parents nak bgtau kul bape balik sekolah atau nak bgtau khbar berita bagi budak dok asrama..bleh aje gune public phone..solution terbaik.. tambah aje public phone kt skolah..spuluh pun xpe klu da takut sangat sik rosak..xde duit syiling?? nape la diwujudkan koperasi, kedai buku or kantin tu?? tukar aje duit kt sane..xkan la sume duit/hasil pendapatan dorang hanya dalam bentuk kertas (RM1- RM100) 
- kalau da emergency sangat, telefon skolah kt ofis tu bleh aje gune..just bgtau kt cekgu yang bertugas dalam minggu tu..cekgu tu xkan mengamuknye klu kamu kate nak pakai hp sebab ad hal kcemasan nak bgtau mak bapak..lainla klu kecemasan nak kol kekasih..tu lain punye crita!

6. BEBAN IBU BAPA AKAN BERTAMBAH
- khususnya pada mak ayah yang miskin or berpendapatan rendah, anaknye pasti mintak untuk dibelikan hp yang setara ngan kawan2 die..sekarang ni da terbeban nak beli beg dan kasut sekolah yang fesyen terkini..pasni hp la pulak..klu member semua pkai hp samsung galaxy or blackberry..xkan la die nak pakai hp paling murah dan cikai dalam dunia..adoooiii..jatuhla saham beb..so mak ayah la yang akan susah payah abeskan duit beli kan ipad or hp yang diingini untuk gembirakan hati anak2..kang lari dari umah plak..budak skang pndai bab lari-lari ni..suke sangat masuk berita dan paper care macam tu..
- klu yang lbeh berdikari akan kje part time..pasti sdikit sebanyak fokus belajar akan lari sdikit..dan yang paling teruk..klu dorang wat cara singkat n senang..just curik dari kengkawan, cekgu atau kt kedai..isshh..kang jadi kes polis..sape nak bertanggungjawab??? ibu bapa la jugak..haaaaiiisssshh

7. BUDAYA MENUNJUK AKAN BELAKU
- sekarang ni dari pemerhatian aku, budak2 sekolah suke menunjuk dan ade geng ngan pelbagai cara..ada yang geng pmpuan tudung singkat mcm firaun, geng pempuan pakai stokin pendek dan kain senteng (nak tunjuk kurap agaknye), geng laki pakai seluar ketat bahagian bawah (carrot cut style), geng tawaf sekolah, geng genster x hengat, geng pmpuan gediksss plus bising dan macam2 ag la..mayb lepas kebenaran leh bawak hp pi skolah akan muncul la geng hp mahal, geng i pad, geng hp casing kaler pink dan memcam geng  lagi yang x tercapai dek di akal..nanti sape nak kne menghadap dan pantau kwujudan geng2 ni kt skolah?? cekgu jugak..

Jadi mintak tolong sangat fikir secara logik dan relevan..aku  ni bukan pro pembangkang..cume aku rase orang kt atas sana yang ada kuasa autoriti suke sangat wat bnde2 aneh dalam sistem pendidikan kt malaysia ni..dlu PPSMI, then mansuh..skang PBS plak..means no exam till dorang form 4..x tau la bape lame bleh bertahan..skang cadangan nak bagi pelajar sekolah bawak hp pulak taun dpn..

Skali lagi nak nyatakan, aku bukan nak kondem kerajaan..cume mintak perlu fikirkan dengan lebih mendalam baik buruknye students bawak hp dan i pad di skolah..jangan terlalu ikut dengan negara luar..budak kte x same ngan dorang..

Aku just cakap sebagai seorang guru kecil yang terlibat secara langsung..yang berhadapan dengan pelajar sekolah mgkin lebih 35 jam seminggu..jgn ditambah dengan masalah yang sedia ada..fikir-fikirkan lah (^_^)


Sunday, 15 July 2012

makanan paling merbahaya di asia!

aku suke makan!! cinta sangat pada makanan smpai orang bleh nampak bling2 kat mata aku tau..huhuhu..dan suke jgak tengok rancangan makanan n masak2..
dan hobi aku tentulah makan..arap badan aku x naik balik la mcm taun 2010/2011 dlu tu..klu x..sdeh la aku..ni pun da berbulan x nimbang berat badan nih..sok nak pi cari penimbang la..hope masih sama.. (jangan baca dalam nada belagak ok..heh)

knape aku risau sangat?? sbb skang ni aku kmbali kepada normal..makan nasi 2 kali sehari..banyak lak tu..2 pinggan sekali makan..belum lagi kudapan-kudapan ringan setiap masa..haaaiiiissshhh..berpotensi nih!! pasni kne kurangkan sket la..

sebut pasai makanan..ni aku ade terbaca 3 jenis makanan yang sangat bahaya di negara asia..Menurut satu kajian di barat, negara asia banyak mempunyai makanan yang merbahaya untuk di makan. Dan menurut mereka lagi..tukang masak asia mempunyai kepakaran maut dan benar-benar berani. dan jenis makanan tersebut adalah::


BUAH DURIAN


Jika korang makan buah durian kemudian minum arak ianya boleh mendatangkan maut serta merta. Oleh sebab itu buah durian sangat di takuti oleh orang putih atau orang gelap (senang cakap..pada orang yang jadi peminum air kencing setan ni je la)

Kandungan kalori dan gula dalam ulas-ulas durian itu antara aspek yang harus diberi pertimbangan sebelum kita menelan semua ulas yang ada di hadapan mata.Terutamanya jika korang penghidap kencing manis, semput, stroke dan lemah jantung.


OTAK MONYET

Ini hidangan orang-orang Cina, bukan sahaja akan menjadikan perut korang mual dan rasa nak muntah, tetapi juga boleh berpotensi berbahaya untuk kesihatan. Jika korang makan otak monyet boleh dijangkiti dengan penyakit yang sama dengan penyakit lembu gila.


Kenikmatan yang ada sangat berbahaya, karena ada risiko spongiform encephalopathy (sejenis penyakit otak yang bahaya)




TIKUS PANGGANG

Jika tidak betul masak, korang boleh akhirnya mati. Daging tikus boleh mengandungi parasit atau patogen yang boleh membuat korang sakit tenat. Lagipun tikus adalah haiwan yang kotor dan pastinya apa yang dimakan adalah dari sumber yang kotot




Banyak ag sebenarnye makanan yang bahaya yang x smpat aku nak tonjolkan kt sini..ade bjuta-juta ag jnis makanan yang ada kt dunia ni..jadi xyah la nak makan makanan yang bahaye n haram..selamat menjamu slera smua!!! (U_U)

petanda anda mungkin gay (sila baca!)

hai! hosmate aku baru je crite x-bf die tinggalkan die tanpe sebab..then tertibe die ckp ex die tu suke g gym..bina badan smua..dan bnde prtame dalam pale otak aku "NTAH2 DIE GAY KOT" then..mati2 la hosmate aku kate tak..sbb die da knl 3 taun laki tu dan xde ciri-ciri mcm tu..jadi aku dengan suka cita nye terus cari pe petanda sorang laki tu adalah gay..gay tu untuk pengetahuan adalah satu jenis spesis lelaki yang suke pada lelaki..ngeri x?? da la pmpuan makin ramai kat dunia ni..spesis ni nak berebut plak lelaki ngan kite..haaaiiiissshh..

Petanda kalau anda seorang GAY::


1. Lelaki ni jenis yang suka pergi gym, tapi tak pula berminat pada sukan. Laki salunye berbadan sasa la yang mcm tu..mgkin pi gym sbb nak cari calon kot..sebab orang yang salu g gym ni kan orang jantan..(tapi bukan sume nye mcm tu..contoh mcm hitrik roshan ni normal..heheh)


2. Suka akan budaya pop, irama perlahan n ada tarian2..dan minat kat Anuar Zain, Hazami, George Micheal, Azwan Ali, Lady Gaga, Madonna, Cher, Faye Wong or smua2 la selebriti yang salunye orang lelaki tulen x bape minat..heh


3. Suka tunjuk aset dia, macam pakai baju V-neck, sleeveless untuk tunjuk dia punya lengan yang sasa or kulit badan yang lembut dan licin mcm kulit bayi tu..aauww!! 


4. Pakai baju ketat-ketat dan warna terlalu terang mcm oren, pink, kuning, hijau striking or warne yg ko rase terang la..nape ek? mgkin nak lebih menonjol..lagipun lelaki maskulin je suke warne  gelap mcm itam dan biru pekat..dan xkan la lelaki gay suke warne itam..join black metal ke? heh


5. Topik yang dibualkan pun selalu lain dari lelaki sejati. Xde maknenye nak cerita tentang alam pemotoran, game tembak-tembak, aset penting orang pempuan (faham-faham sndiri la kan..huhu), bola sepak dll.



6. Suka hati je ckp kat laki lain yang "kau ni hensem la" "kau ni kiut la"..dengan pandangan mata yang lain macam..heheh..contoh orang kt bawah ni..korang kaum laki ada rase geram x..klu ye..haaa..bahaye da tu.. (heee..aku malu nak tengok..ni post pic pun sebab terpakse)



7. kalau ada pompuan seksi lalu buat-buat tak tau je..kalau dorang pandang pun cume nak tengok jenis, brand, fesyen bag dan pakaian yang die pakai je..ni klu korang lelaki sejati mesti sdikit sebanyak telan air liur jgak la menengok pakaian dan susuk tubuh badan pmpuan indon nih (err..pic ni pun aku terpakse post..korang jangan tengok sgt..kang x pasal2 aku plak kne tanggung dosa korang..tengok skali je sudah..heheh)




8.  Lelaki2 jenis ini juge lebih suka berkumpulan sama ada dua atau lebih..mgkin lebih senang nak berbual or berkongsi rahsia n pengalaman..maklumla bnde2 ni kan terlarang..dan ble da berkumpulan ni suke la pi kelab-kelab gay..nak tambah lebih banyak kawan kot..






tu la sdikit sebanyak tentang ciri-ciri gay yang aku dapat dari satu blog tu..xtau la kesahihannye..sbb aku pmpuan mane tau pasai gay2 ni..tapi orang kate klu lelaki tu gay..ble die nampak mane2 lelaki..die bleh tau sama ad lelaki tu gay macam die jgak or tidak..


lagi satu klu korang bukan lelaki gay tapi msih ad terkena ngan ciri-ciri di atas..jangan le ngamuk x tentu hala..ni sekadar fakta..not sure 100% tepat or tidak..dan gambar2 tu pun sekadar gambar..yang paling penting..andai anda dapati diri anda mcm terkena sindrom kecelaruan keinginan mcm ni..bawak mengucap..dan jangan diikutkan sangat nafsu songsang tu..kang kne bala mcm kaum Nabi Luth kang susah..

senarai bas ekpress yang jual tiket online

balik kampung, balik kampung..ho ho ho..balik kampung, hati girang.. (gembira sungguh klu dapat balik kampung..jumpe family tercinta)

ek kte da nak puase kan..minggu dpn je..pastu raya..pade orang nak beli tket balik raye..baik beli skang.. kang abes mnyesal..kne jalan kaki plak..klu kampung kt sarawak..nak kne mendayung..huhuhu..pade korang yang nak beli secare online.. mgkin korang x smpat nak beli..bz sgt ke..tminal bas jauh sgt ke..or letih sangat puase smpai x larat nak jalan..

ni sykt yang aku jmpe ad jual tket online..x pnh try pun ag..cube korang sume tengok..klu berkenan klik aje la mane2 sndiri..








p/s: jangan beli tiket dari ulat tiket..ingat lagi satu kjadian bengong yang blaku dlu..haiiiissshh..smpai skang si mumuk dok ulang..heheh..sbb bnde tu..aku da x pijak puduraya..trauma!!!! 


Saturday, 14 July 2012

cerita lawak!! (untuk 18 taun ke atas..heh)

boring gak kan..blog aku ni sik crita tentang fakta je..sesekali kte iburkan ati dan ilangkan stress kt otak tu kan lebih baik..sni ada satu cerita lawak..harapnye lawak la kan..klu x lawak pun xpe..asalkan korang da tersengih sket dpn kmputer or lptop pun da kire bagus da tu..huhuhu

Alkisah....tersebutlah kisah...

Ada sorang duda anak dua yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Abu. Abu ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Abu yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. si Abu pun cuba la merisik-risik dengan kengkawannya, mana la tau kot ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Abu kerana dia ada calon yg sesuai untuk Abu. Abu sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun.

Beria-ria benar si Usin supaya Abu dapat menerima pilihannya. "nak ke dia kat aku yg dah tua ni, Sin??" tanya Abu. "kau tu pun bukannya tua sangat Bu, baru 35 tahun, rupa pun hensem lagi apa! Masih boleh lagi nak beroperasi! hahahah!!!" kata Usin membodek Abu. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. "Jangankan RM500 Sin, RM5000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam. Kita kan sahabat baik dunia akhirat" kata Abu tanpa berfikir panjang. 

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Abu itu. "kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siapkan diri je ok" janji Usin kepada Abu. 

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Abu, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Aminah atau nama glemernye Emy. Pasti orangnya secantik namanya. Hari tu Abu sungguh segak dengan pakaian songket serba kuning untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM5000 pemberian Abu. Sambil berarak, Abu segera membayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya, si Emy tu  nanti. Pasti malam pertamanya sungguh menarik dan indah. Janda berusia 18 tahun la katakan. Ada pengalaman dan masih bergetah lagi. Nyum Nyum. Abu terbayang adegan 18sx yang sudah tiga tahun x diperaktikkan. Sepanjang jalan Abu asyik tersengih2 gatal sambil berimiginasi dan agak naik sedikit adiknya yang berada dalam seluar. Nasib baik si Usin dan orang kampung yang mengiringinya tidak perasan. "Huu..ada peluang dapat anak lagi akhir tahun ni" kata Abu di dalam hati.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Abu disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Abu dengan senyum lebar. Maklumlah duda bertemu janda. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Abu, iaitu untuk bertemu dengan Emy. Abu pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. 

Tapi alangkah terkejutnya Abu bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Siap pakai gaun kembang warna kuning dan terdedah di bahagian dada lagi. Abu mulanya merasakan itu hanya lah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ria menyuruh nenek yang kerepot berusia hampir 70 tahun itu mencium tangan Abu, baru la Abu sedar itu lah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun. 

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Abu sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera nasi minyak terkejut beruk mendengar jeritan Abu. 

"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Abu sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata Emy tu 18 tahun!!!!" balas Abu. 

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun...tapi dia yang dah menjanda 18 tahun!!!". "Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!". Jeritan Abu bergema di seluruh kampung.





hahaha..kesian!!!

Friday, 13 July 2012

nak cari ubi kayu..nak cari ubi kayu (errr..klu dalam filem labu labi..nak cari kayu kan..huhu)

xtau la nape..dalam dua tiga ari ni aku da macam orang mengandung..mengidam pulak nak makan bingka ubi kayu..kenal x korang nih kueh tradisional negara kte..klu cm da ingat2 lupa tu..ni rupe bentuk die.. taadaaaaa!!!


nmpak sangat menarik dan sedap kan..huhuhu..aku saje post pic besor-besor biar korang sume terliur..heheh..sok nak pi pasar malam la cari..hope ade..sbb aku rase kt banting ad jual kuih ni..area klang n kapar ni xpenah jumpe ag..waaaahhhh..aku memang suke gle bingka ni sbb die mcm manis, lembut tapi x lembik..memang best la..huhu (berbunyi da perut aku malam2 gni)

sebenornye bagus makan ubi kayu ni..ye la..asik makan ubi kentang je..da gaya mcm orang barat plak..sesekali makan la ubi kayu..kte kan orang kampung..jadi da biase le makan sayuran tempatan macam gini..

Paling penting..ubi kayu ni banyak khasiat nye..daun n akar nye juga bergune..antara kebaikkannye adalah:
  • Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. 
  • Boleh digunakan untuk mengubati demam, caranya adalah dengan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya direbus bersama tiga gelas air hingga mendidih. Saring airnya dan minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Air rebusan daun segar pula dikatakan boleh digunakan sebagai air mandian untuk merawat demam influenza.
  • Untuk mengubati cirit birit pula, daun ubi kayu juga dikatakan berguna. Caranya adalah dengan merebus tujuh lembar daun ubi kayu bersama dengan empat gelas air sehingga mendidih dan tinggal dua gelas. Saring air ini dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
disebabkan aku macam mengidam bingka ubi ni, di sini aku nak pamerkan resepi cara nak membuatnye (tapi aku ni x reti nak wat..jadi pe yg bleh dibwat..adalah hanye hulur je duit kat pnjual) untuk orang yang rajin ke dapur dan suke ber eksprimentasi, sila lah print resepi di bawah::


Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )



2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
2 1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sagu dari ubi kayu

Cara-cara
  • Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  • Kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  • Setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya. A
    ir dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
  • Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu. K
    emudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  • Tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  • Bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.


Macam rumit je kan..haha..beli aje la senang..ni ada satu lagi kuih tempatan yang sedap gak berasaskan ubi kayu..namenye talam ubi kayu..atas die yang kaler putih tu masin2 lemak sket rasenye (sbb gune santan), bawahnye rase manis gule merah dan kenyal2 ubi kayu..best..

ni baru dua jnis kuih tempatan yang aku baru tunjuk..ade banyak ag yang sedap2..rugi la pade korang yang x suke or x minat dessert (pemanis mulut) macam ni..da x lama puase kan..so amik wktu tu utk rase smua juadah kuih muih tempatan yang ada ni..nnt klu da pupus..xde sape nak warisi cara pembuatan nye..kang mnyesal x sudah!!! (hmmmm...sedapnye!!!)

hukum membotakkan kepala

penyakit barah..memang menakutkan kan? da la aku ade dua orang makcik sdare yang telah pun pergi meninggalkan dunia akibat kanser..sorang leukimia dan sorang ag kanser payudara..al fatihah wat arwah miktam dan maklang..dan dua2 adalah mkcik belah mak..orang kate bpotensi je nak dapat gak..tp marilah kte sume berdoa pd Allah moge penyakit2 ini jauh dari kte..amin..

kanser atau barah ini ade mcm2..ade kanser kulit, otak, paru-paru, rahim..eh macam2 la..klu korang nak tau tentang dan gambar2 nye..just pi je kt blog ni..sbb aku x sanggup nak tgk gambar2 nye..ngeri..dan baru-baru ni aku terdengar kt radio sinar fm ade satu event nama JOM BOTAK anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk mengumpul dana dan derma yang sedikit sebanyak dapat meringankan pesakit kanser di Malaysia ni..dan menurut blog jom botak malaysia 2012 itu sndiri, die mengharapkan kita semua dapat merasai kehidupan sebagai orang botak memandangkan semua pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi akan kehilangan rambut mereka secara perlahan-lahan..niat tu memang murni..tapi aku ad sdikit kmushkilan..bleh ke pmpuan membotakkan kepala?

Menurut seorang ustaz, beliau menyatakan bahawa hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat ustaz itu lagi, wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

So..kesimpulannye haram..tapi klu untuk program kanser ni camane ek..bebaru ni aku dapat tau si Ras Adiba Radzi (pengacara ntv7 yang pakai kerusi roda tu) telah dikecam hebat sebab membotakkan kepala semata-mata untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap aktiviti tersebut..so aku xtau la plak hukum untuk tu..bleh ke x..tapi klu was-was tnjuk je la cara lain untuk menunjukkan kte care dan sedar tentang penyakit kanser dan penderitaan mereka itu..

Di harap semua pesakit kanser di malaysia malah di dunia ni tabah ngan dugaan yang Allah telah diberikan kepada anda..saya doakan anda semua cepat sembuh..jangan putus asa..kerana setiap penyakit yang Allah bagi tu adalah salah satu cara Allah sedang menghapus dosa anda..sayangi diri!!! 

syarifah amani (ni ntah pape..botak x bertempat)


ras adiba radzi (die ni botak bersebab..dan sebab nye baik dan ikhlas)


britney spears (botak orang putih jangan la ikut..dorang sume bnde bleh wat)

hairudin omar (ni lelaki..klu botak pun xde sape pduli..heheh)

nutrilite amway - LECITHIN E


hai..kte smua ni bukan mude ag kan..jadi ksihatan dan kcantikan tu perlu lah dijage..mungkin sesetengah orang pandang remeh tentang hal ni..tapi x salah kan klu kte kluakan sket duit untuk beli vitamin..untuk diri sndiri jgak..dari duit tu ntah ke mane..baik beli sesuatu yang bermanfaat..

memang kt dunia ni ad mcm2 supplement..dari luar negara ade..dari dalam negara ade..yang jual kt tepi jalan pun ade..tp pape pilih yang sebaiknye..dan pastikan ade halal dan telah disahkan oleh KMM (kementerian kesihatan malaysia) ..korang kene make sure sgale ubat or supplement yang korang beli msti ada logo mcm warne silver yang bekas die yang tulis KMM dan no siri nye..contoh klu nutrilite amway lecithin E aku no siri die C253140996

ni produk amway ni aku da cube hampir 6 bulan..alhamdulillah..aku rase wlu aku makan banyak mana pun..aku still dalam peringkat kurus..bukan nak belagak ok (ramai kwn cm pelik..sebab aku makan banyak..nasi tu siang malam makan..tapi badan x naik) ni aku yakin sbb aku mkn supplement ni la..

sebelum aku cite ttg produk yg pic kt atas tu..better aku cerite dlu pe  LECITHIN tu:

Lecithin ni sbenarnye adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan..orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.

Kebaikan lecithin:
  • Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
  • Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
  • Baik untuk kecerdasan otak.
  • Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
  • Mengekalkan kelembapan  kulit.
  • Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
  • Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
  • Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Ini lah yang pentingnya untuk kurus badan.
  • Menggalakkan m e t a bolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
  • Mengawal kolestrol dalam darah.
  • Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
  • Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.

Kebaikan vitamin E pun terlalu banyak..name pun vitamin..msti penuh ngan kebaikan:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.

Dan ternyata produk nutrilite amway lecithin E ni ada kelebihannya tersendiri kerana ada lecithin dan vitamin E...dan ia sugguh sedap sbb berperisa madu, karob, dan walnat mapel..bukan mcm sesetengah supplement yang rasenye macam muntah biawak (err..penah makan muntah biawak ke?? huhuhu..tu namanye metafora) hanya perlu kunyah satu tablet (seswai utk orang yg ssh nak telan ubat)..dan bleh dimakan dua kali sehari (cadangnye pas makan tengah hari n makan malam) senang bukan..tengah berak pun bleh kunyah..huhuhu..

aku cakap ni bukan sengaje cakap..aku betul2 da makan..dan aku bukan jenis pakai cakap tnpe bukti..klu aku x try..aku xkan xcrita..sbb aku x reti nak nipu..nak nipu nnt msti nmpak kekok..


supplement ni memang bagus..dan ia memang terase keberkesanannye..klu korang masih ragu2..ce tgk kt vc ni.. demo lecithin E nutrilite amway die bleh sedut kolestrol mcm makan oat tu..jadi seswai sangat la pade orang yang suke makan makanan berminyak macam aku ni..

harge die pun bukan mahal sangat..cume rm80 untuk 150 tablet!
klu berminat..tinggalkan msg/komen kt sini ok (^_^)





gastrik ku semakin menjadi-jadi

ye..aku ada penyakit gastrik..tp ntah nape sejak akhir-akhir ni makin teruk..dlm kul 11 gtu aku da patut kne makan..klu x rase sakit sket kt perut..cmane nak adapi bulan pose nnt..haaaaiiissshhh..lagi teruk ad petang minggu lepas aku minum le nescafe ais (cam teringin nak minum..dan ms tu blum makan pape ag) terus malam tu kiok..jantung bdebar..nak nafas pun ssh..bdn berpeluh..rase sungguh x slesa..skang wlu ape pun msti makan..wlu pun sket..sebab klu sakit..aku sndiri yang menanggungnye!! huhuhuhu

mungkin korang ade gak gastrik..tp x prasan..jom semak info tentang penyakit yg melanda aku ni..bnde ptame ape itu gastrik?


Penyakit gastik or gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan..hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari tau..mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis: 

  • Sakit ulu hati 
  • Rasa mual 
  • Rasa perut kembung 
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah 
Penyakit ni merbahaya sangat x?? (takut ahh nak tau jawapannye)
  • Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah. (SETAKAT NI BELUM SMPAI BERDARAH AG..MUNTAH BUIH PUTIH SKET2 ADE LA)
Ni sbb ape pulak la penyakit gastrik ni bleh muncul kan..

Antara punca penyakit gastrik yang dapat dikenalpasti adalah: 
  • Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal 
  • Tekanan/stress 
  • Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang 
  • Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii 
  • Merokok 
Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati. 

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis. 

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang. (MUNGKIN SKANG AKU ASIK STRESS AJE..TU YANG MAKIN RASE TU)

So..pe ptt aku wat ek?

Ni aku dapat kt satu blog, die cakap, klu kte da ade gastrik..pe yang patut kte wat adalah:
  • Makan secara teratur 
  • Elakkan makanan yang pedas dan masam 
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
  • Mengawal stress dengan bijak 
  • Elakkan minuman berkarbonat 
  • Berhenti merokok 
Pastu klu korang xde gastrik..dan takut la penyakit ni datang melanda kan..so korang perlu:
  • Mengambil makanan mengikut aturan waktu..macam masa makan kt asrama dlu..sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam..
  • Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan orang yang veteran selalu terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut dan sakit-sakit badan. 
  • Elakkan tekanan or stress. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress..memang kengkadang kte rase sangat tertekan..terutaman mcm aku skang..hal kt tempat kje..hal pribadi..hal gigi..byk bnde nak fikir..tp yang aku leh wat skang utk elak dari tekanan perasaan (kang tension sgt..jerawat pun muncul) aku just bolayan je kt smua bnde..mls nak pk..lantak la ape jadi pun..heheh
  • Jangan merokok. Jika korang seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda. (DENGAR TU YEK PENGHISAP ROKOK..huhuhu)
Errr..gastrik ni bleh dirawat ke??

Alhamdulilla..berita baik nye..penyakit gastrik boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua tau..jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, nak baik perlu mengambil masa. Pape pun..perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini.

Tapi kan, jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. (ooohh..takut bunyi nye nih..pasti akan jage makan pasni)



so..korang semua pastikan jage ksihatan..akupun ngah nasihatkan diri sndiri ni..klu sakit nnt payah plak nak pulih..duit pun banyak klua..dan paling teruk..kte akan nyusahkan orang disekiling kte pulak..bak kate pepatah "LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MERAWATI"
arap info ni akan beri pengetahuan pade korang sume..jage diri dan ksihatan masing2 (^_^)


Delicious Donut