Blogger Widgets

Tuesday, 10 July 2012

saye mengharapkan dunia semakin aman

hai smua..sekarang ni dunia smakin bahaye kan..baru2 ni sorang kwn skolah lama aku kne rompak..siap di acu parang ag kat leher..kjadian tu belaku malam..baru kul 8pm..orang kate malam masih mude ag..tp orang zaman sekarang da berani nak wat cenggitu..ceritanya akk tu ngan anak die baru umo 5 thun serta mak die g la kt kinik gg..sebab anak nye sakit gg..then parking kt kawasan area barisan kedai..tp kt bahagian belakang la..memang agak gelap n sunyi sket la..sebab belakang kedai..masa die nak masuk dalam kreta..sorang laki bertopeng letak parang panjang kt leher akk tu dan mntak serahkan sume duit yang ada..takut pnye pasal..akk tu ikutkan aje..bagi smua beg duit..rantai emas yang mak nye pakai pun diserahkan gak..smpi skang akk tu trauma..

aku pun penah kne ragut..mase zaman belaja kt u..ngah berjalan lenggang kangkung smbil pegang payung ngan hosmate merangkap kawan baik aku ms kt tepi jalan..beg kuliah aku yang penuh ngan kertas nota ( baru pas abes exam..teringin nak makan kfc) telah diragut oleh lelaki bermotor..tapi tu la..aku mcm tgamam  x terpikir pun ade orang ragut aku..mase tu dalam pale otak aku "eh..sape tu yang main2 ngan aku" da jauh beg tu baru aku sedar yang AKU TELAH DIRAGUT!!! tapi xleh nak wat ape..sebab aku x prasan no plate motor tu..dan paling aku ingat..aku ngamuk kt balai polis sbb die suh bayar wang sbb nak print report..aku ngamuk la ckp "KAN SAYA BARU PAS KNE RAGUT..MANA ADA DUIT NAK BAYAR..PELIK BETUL LA" smpi polis yang in charge aku pun terkesima..die just cakap tu prosedur..sian polis tu..heheh.. dlm wallet aku mase tu ad 5 ringgit je..malangla pencuri tu..tp bnde tu wlu da nak dkt 8 taun blalu..smpi skang wat aku mcm fobia..klu pgg beg msti erat2..klu ngah jalan..dan tertibe dengar bunyi moto or orang kt blakang msti mcm bdebar smacam..haaaaiiiiisssshhh..

aku rase skang ni kadar jenayah makin meningkat kt malaysia..walaupun si hishamudin kate kadar jenayah tidak meningkat dlm berita harian ( berita kat suratkhabar ) alaaa..si mnteri kte ni bukan bleh pcaye sangat..sebab aku penah tdengar la kan..xtau btul ke x..jangan saman aku..heheh..die kate kt malaysia ni x ramai pendatang asing..hei pakcik!! ce try pi tgk kt bandar klang or pudu raya sbtu ahad..bsepah si pendatang ni bertenggek kat sana sini..ni dorang ni naik kapal terbang naik limosine bagai..mana tau apa yang jadi kt tanah pamah macam ni..haaaiiiii..

apa itu jenayah sebenarnye?? Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.. Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti  Jenayah berat, Jenayah komputer dan jenayah siber, Jenayah terhadap manusia, Jenayah ke atas harta benda, Jenayah terhadap keselamatan negara, Jenayah hakcipta dan paten, Jenayah dadah, Jenayah seksual, Jenayah senjata, Jenayah perang dan Jenayah juvana.

Faktor punca berlaku jenayah ini adalah mungkin disebabkan:



- Pengaruh media massa - memaparkan rancangan berunsur jenayah, menjadi ikutan remaja atau mereka yang bermasalah.
- Kemiskinan dan himpitan sosial - pengangguran, kegawatan ekonomi mendorong perlakuan jenayah.
- Kurang penghayatan agama dan moral - menyebabkan seseorang mudah terlibat dengan jenayah, didikan agama merupakan benteng kukuh bagi mengelakkan jenayah
- Kehadiran ramai pendatang asing -  ketiadaan punca pendapatan dan tekanan hidup memaksa mereka melakukan jenayah. Senngaja melakukan jenayah kerana sukar dikesan pihak berkuasa.

Cara nak kawal jenayah yang dicadangkan pulak adalah seperti ini:


- Menguatkuasakan undang-undang - mengenakan hukuman berat, penguatkuasaan secara tegas tanpa ada pilih kasih.
Mengetatkan rondaan atau kawalan keselamatan - rondaan lebih kerap pihak polis terutama dikawasan dikenalpasti bermasalah. Rondaan oleh komuniti seperti Rukun Tetangga dan sebagainya.
- Memasang alat keselamatan - CCTV, penggera dan sebagainya membantu mengelakkan kejadian jenayah.
- Peraturan pelesenan - mengetatkan peraturan pemilikan senjata api, meneliti latar belakang penjual mahupun pemilik senjata api.

Skang ni jenayah ragut pun makin menjadi2..sbb sume orang nak duit dalam masa yang singkat kan..teruk la macam ni..jadi kat sini aku nak kepilkan langkah2 elak diragut yang kite smua bleh praktikkan sama2..bukan sekadar baca aje ok..
  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.


Jadi, secara ksimpulannye..marilah kte sesame membentras jenayah..elakkan diri dari  menjadi pelaku jenayah..sebab sume orang x suke dan marah ble kte menjadi mangse jenayah kan..so jangan nak mulekan untuk menjadi pemangsa..

kan best klu dunia sentiase aman damai..kte xkan ketakutan nak wat ape saje...dan bebas nak bergerak ke mana saja ble2 masa..dari korang sibuk nak meragut orang..BAIK MERAGUT RUMPUT!!! bleh gak jadi kenyang..hahaha..smoge bjumpe agi..jage keselamatan diri  dan kluage masing2..kerana jenayah x kira berada di mana!!!!! 

p/s: bak kate crita tv 999 "JENAYAH MEMBAWA PADAH"



No comments:

Post a Comment

Delicious Donut