Blogger Widgets

Thursday, 12 July 2012

selamat pengantin baru ELLA


Di renjis renjis di pilis 
Di tepungi lah tawar 
Hai beras kunyit di tabur 
Disiram si air mawar

Tertibe je nyanyi lagu kawin..da gatal nak menikah ke?? haha..hello!! umo aku ni da wajib kawin ok..cume jodoh je belum tiba..so akan ku tunggu detik itu..heheh..walaupun bulan lepas dorang da bernikah..tetap nak ucap selamat pengantin baru wat ratu rock kte ELLA..mase die nikah ari tu ( 7 Julai 2012) umo die da masuk 46 taun..alaaa..lantakla klu orang nak mngate kawin lambat..kan kte sume salu cakap BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT..huhuhu..moge prkahwinan itu bahagia sehingga ke akhir hayat..lagipun laki die bukan calang2 ok orangnye..pilot..ko ade?? haha

Untuk pengetahuan korang yang xtau sangat info pasal ella..meh nak bgtau::

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji Aminuddin (lahir 31 Julai 1966) merupakan Diva Rock yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia.
Ella dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Lembah Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Lembah Klang, Selangor. Sebelum beliau menceburi bidang seni, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam dan lounge yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Setelah mengadakan persembahan di beberapa kelab tersebut, Ella telah dilamar oleh salah satu kumpulan iaitu kumpulan The Boys yang juga merupakan penyanyi kelab malam. Setelah berbincang, akhirnya Ella bersetuju untuk bergabung dengan kumpulan mereka dan diberi nama Kumpulan Ella & The Boys.

Pencapaian Ella::


- Memenangi pertandingan Battle Of The Bands (BOTB) anjuran Radio Televisyen Malaysia.
- Artis Malaysia pertama mengeluarkan album video iaitu 'Ella-Mood' (1991).
- Pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal seperti L.A Gear, Levi's, dan Canon.
- Artis Malaysia pertama paling laris penjualan albumnya iaitu album 'Ella USA' yang mencatat jualan sebanyak 350000 Unit.
- Satu-satunya artis rock wanita yang bertahan sehingga kini.
- Menjadi duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah sebelum Siti Nurhaliza yang turut menjadi duta bagi persatuan ini.
- Ella adalah antara artis rock yang terkenal dan dikenali oleh peminat di seluruh Asia sekaligus telah menjadikan dirinya sebagai artis rock tersohor Asia.
- Ella pernah muncul di Stesen Televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Music Television (MTV)'. Ella juga merupakan satu-satunya artis Malaysia yang pernah ditemu bual oleh stesen televisyen tersebut selepas Datuk Sharifah Aini.
- Artis Malaysia pertama merakamkan album penuh di Amerika Syarikat.
- Dipilih sebagai 'Role Model' oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi mempromosikan pemikiran positif di kalangan belia dan muda-mudi.
- Memenangi Anugerah Artis Wanita Popular 1993 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993).
- Nama tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai -  Penjualan Album Terbanyak' (1998).
- Album 'Ella 30110' pernah mencatat sejarah sebagai album pertama mencatat jualan terbanyak dalam tempoh masa yang singkat.
- Satu-satunya artis Malaysia yang dipilih menyanyi lagu tema Sukan Komanwel iaitu 'Standing In The Eyes Of The World'.
- Memegang watak utama dalam tiga buah filem iaitu Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992), dan Hanya Kawan (1997).
- Ella dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian ( PJK ) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Februari 2003 sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-57.
- Ella dikurniakan Pingat Setia Mahkota Pahang ( SMP ) oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada 30 Mac 2010 sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

(wajah ella zaman lampau)

Ni la serba sdikit tentang penyanyi a.k.a ratu rock malaysia..yang aku pasti die ni kurang gossip..yang aku tau pun..klu x salah aku la..die ad gosip cinta ngan hans isaac ms film hanya kawan..yang lain xde..cume gediksss n manje2 tu je..aku pun pnh tjumpe die kt watson mdvalley dlu ms blaja..die mcm biase aje..pndek mcm aku je..haha..wlu pun aku nak ucap thniah pada ella dan suami atas perkahwinan..wlu umo 46 pun still dpt bjumpe jodoh..kan jodoh tu rahsia Allah..ni baru umo empat puluh enam..klu Allah kata ktemu jodoh umo seratus enam macam mane?? huhuhu..terima aje la..mngkin tu yang terbaik..congrate again ELLA (^_^)




2 comments:

Delicious Donut