Blogger Widgets

Saturday 24 March 2012

NASI BIRYANI ::: my febvfet ever :::


Setiap orang mesti ada makanan kegemaran kan? dan aku tidak lain tidak bukan adalah:




tadaaaaaa... nasi biryani satu!!! huhuhuhu


Ok.. Sejarah kehadiran dan asal usul Nasi Biryani (بریانی ) atau Briyani atau Biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi basmati biasanya dari beras yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Di Malaysia dan Indonesia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang.

Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak beriani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, bahkan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, muslim dan kalangan penduduk Sri Lanka.

Rempah ratus dan bahan perasa banyak digunakan dalam beriani, tetapi tidak terhad sahaja untuk, minyak sapi, buah pala, cokmar, jintan putih, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun-daun selasih, ketumbar, daun pudina, halia, bawang , dan bawang putih. Kepelbagaian premium termasuk safron. Untuk beriani yang tidak vegetarian, bahan utama yang menyertai rempah ratus ialah daging-daging lembu, ayam, kambing, anak biri-biri, ikan atau udang. Hidangan ini boleh dihidangankan dengan cutni dahi atau Raita, korma, kari, satu hidangan masam terung (terung) atau sebiji telur rebus.

Tapi aku paling suka nasi briyani yang dimakan bersama ayam goreng berempah or ayam tandoori. Sesetengah orang suka nasi yang dicampur gulai kambing, ayam masak merah or kari daging. Tapi bagi aku ianya terlalu muak. X feel rasa nya nanti. 

Sini, teringin juga aku nak kongsikan resepi nasi briyani/biryani:

Bahan-bahan ( untuk 4org )


3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara


panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.


kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih. 
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan

pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak


bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.


masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)


 masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...


::: aku sungguh lapar di saat ini..huhuhuhu..selamat makan tengahari semua orang!!! :::








No comments:

Post a Comment

Delicious Donut