Blogger Widgets

Saturday 11 August 2012

asal usul baju kurung


hai smua..jmpe lagi hari ni..heheh..korang klu betul2 mengikuti blog aku..pasti tau yang aku ni adalah seorang  cekgu..dan uniform harian cekgu g keje msti la baju kurung..sbnarnye bagus juga baju kurung ni sbb die sejenis pakaian yang longgar dan x mnunjukkan bentuk badan..dan dengan memakai baju kurung juga..sorang pmpuan tu akan klihatan sungguh sopan dan manis sekali kan.. 

agaknye dari mana la datang fesyen baju kurung ni ek..aku tertanye2..dan aku trjumpe maklumat ni..dan trase nak share pade smua orang..bleh jadi satu lagi pengetahuan tambahan kan (^_^)


SEJARAH DAN ASAL USUL BAJU KURUNG DI MALAYSIA
Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ketika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pakaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya berkemban sehingga ke paras dada. Jika korang ada melihat Filem Melayu lama, Sultan biasanya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya. Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketika itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barang-barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis kain mudah didapati pada ketika itu.

Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula direka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sultan.

Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baju Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju kurung kekal digunakan oleh wanita.

<< tu la sedikit sebanyak info yang kte bleh tau..jadi jangan asik nak pakai suar jeans dan baju ketat je..or kbaye moden bagai..sekali sekala pakailah baju kurung..sbb kalau kte xnak pakai..sape ag nak pkai..xkan la orang negro plak nak pakai..ape kejadahnye..heheh

1 comment:

  1. btul tu..
    ni la slh satu tradisi budaya utk org melayu khususnya..kite kne la pelihara budaya ini supaya x lekang dek hujan x lapuk dek panas usai ngn prkembangan teknologi semasa yg lbh menonjolkan fesyen yg ntah pape tu

    ~zmh

    ReplyDelete

Delicious Donut