Blogger Widgets

Sunday 5 August 2012

lee chong wei (hero sukan malaysia)

hai smua..ari ni da masuk ari ke-16 kte berpuase..tahniah yang masih berpuasa penuh stakat ni..yang x pnuh..jangan lupe ganti plak..hukksss..

malam ni (5/8/2012) jam 8 malam jangan lupe tonton perlawanan badminton di sukan olimpik london 2012 di antara hero Malaysia kte iaitu Lee Chong Wei menentang musuh tradisi die iaitu Lin Dan..salu nye kte macam kalah je ngan Lin Dan ni kan..hope ada la pluang kte menang di sukan dunia nih..ye la..teringin gak nak dengar lagu Negara ku berkumandang di London tu..dan aku dengar cerita..hadiah klu dapat emas bukan calang2 ok..kate nye dapat dua ganjaran..satu habuan wang dari kerajaan..dan satu lagi adiah jongkong emas arge rm2 juta dari satu syarikat persendirian..untung la badan..huhuhu...kte pun akan terima gak habuan..ni katenye Baskin Robbins akan memberi aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia melalui outletnya di seluruh negara klu Chong Wei dapat pingat emas..weh!! aiskrim mahal tu..heheh

Biodata
Nama penuh: 李宗伟 (Lee Chong Wei)
Tarikh lahir :21 Oktober 1982
Tempat lahir :Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi :1.74 m
Berat :60 kg
Tangan kegemaran: Kanan
Jurulatih : Rashid Sidek (terkini)

Ranking tertinggi :1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini: 2
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik: Pemenang pingat Perak di Sukan Olimpik Beijing 2008

Kerjaya Badminton
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade. 

> Di harap malam ni si Lee Chong Wei akan mendapat pingat emas yang pasti menjadi dambaan die dan seluruh rakyat Malaysia..die pun aku dengar cerita da nak bersara pasni..mngkin nak jadi jurulatih plak ke..ye la..umo skang pun da 29 kan..da x larat sangat da rasenye nak main 4 taun ag..patut tumpu pada khidupan peribadi die plak..ye la..orang da berkapel kan..sweet sangat rasenye..mase lawan semi final kmarin pun pakai cincin..azimat cinta kot..huhuhu..

jadi semua peminat sukan badminton, penyokong kuat pasukan malaysia di olimpik dan seluruh warga malaysia yang berbangga menjadi rakyat Malaysia..jangan lepaskan peluang menonton malam ni di saluran astro sukan (channel 830) dan sangat berharap klu RTM dapat siarkan gak..sian plak pade orang xde astro..RTM kate saluran dorang tu ''saluran olimpik anda'', jadi x reti2 nak siarkan ke??? bukan selalu pun kte dapat masuk final olimpik..sukan dunia tu..

akhir kate all da best to Lee Chong Wei..aku Aizatul Nurulain bt Mohd Halil selaku warganegara Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang lain x kira bangsa apa..kaum apa..akan mendoakan anda di sana..buat yang terbaik..jangan terlalu stress..sebab walau apa pun yang akan jadi..anda tetap hero badminton kami!! Malaysia Boleh!!! (^_^)

Lee Chong Wei dan girlfren die..pemain badminton gak..nama Wong Mew Choo)


p/s: satu aku kagum ngan Lee Chong Wei ni..die klu ditemuramah kt tv mesti akan cakap bahasa melayu dan sntiasa merendah diri..bukan mcm sesetengah orang..muke tu memang da cnfirm melayu asli..tapi ble cakap kt tv..sibuk nak cmpur cakap bahase melayu dan english..macam bagus!!!

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut