Blogger Widgets

Saturday, 30 June 2012

girl generation: operate ke???

korang klu peminat korea msti penah dgr nama kumpulan ni kan??
aku pun kenal dorang ni sbb tgk crita running man..memang sangat cantik dan sweet kan..
klu la dapat jadi secantik..se slim ni..pasti x cari lain da kan si die..hahaha..




dorang ni memang ramai..9 orang..bayangkan satu pentas penuh ngan pmpuan cntik..dan sume nye cnfirm ada pminat nye sndiri..sebelum aku ulas tajuk yang asal kat atas tu..bab bedah2 nih..meh nak story sket tentang kumpulan ni..

Girls' Generation ("Zaman Gadis") atau juga dikenali So-shi (소시) atau SNSD yang diambil dari nama bahasa Korea kumpulan ini iaitu So Nyeo Shi Dae (소녀시대 (Zaman Gadis/Era Dara).. diorang merupakan kumpulan muzik wanita K-pop yang dibentuk oleh label rakaman SM Entertainment pada tahun 2007.

Girl Generation ni sangat terkenal..rasanya sampai ke Eropah da orang kenal die..kat asia ni jangan kire la..da fanatik abes rasenye..lagu popular diorang adalah antaranya..Lagu GEE, time machine, the boys, run devil run, genie and hoot (aku paling suke lagu nih..heheh)

tapi kan memang dorang ni memang da dilahirkan terus2 cantik ke?? klu ye..btuahla idup..huhu..tapi aku ad dapat pic ni kt blog orang lain..xtau la operate ke..or muke berubah disebabkan kematangan..ye la umo bertambah..mngkin muke pun berubah la..tp xtau la mane yang betul..korang kaji n tengok la sndiri..heheheh..


1. JESSICA

Birth Name: Jessica Jung 
Korean Name: Jung Soo-yeon 
Nicknames: Sica, Jessi, Sergeant Sic, Sicachu, Sickal (knive), Ice Princess 
Height: 163 cm. 
Weight: 43 kg. 
Bloodtype: B 
Date of Birth: April 18, 1989 
Position: Main Vocalist 
Language: Korean (Fluent), English (Fluent), Chinese (Basic), Japanese 
Speciality: Dance 



2. SEO HYUN

Birth Name: Seo Ju-hyun 
Nicknames: Maknae (the youngest one), Seororo 
Height: 168 cm. 
Weight: 46 kg. 
Bloodtype: A 
Date of Birth: June 28, 1991 
Position: Lead Vocalist 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Fluent), Japanese (Basic) 
Speciality: Piano 


3. YURI

Birth Name: Kwon Yu-ri 
Nicknames: Yul, Kkab-Yul (playful Yul), Black Pearl 
Date of Birth: December 5, 1989 
Height: 167 cm. 
Weight: 45 kg. 
Bloodtype: AB 
Position: Supporting Vocalist/2nd Main Dancer 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Fluent), Japanese 
Speciality: Dance, Acting, Swimming 


4. TAE YEON

Birth Name: Kim Tae-yeon 
Nicknames: Taengoo, Taeng, Tete, Kid Leader, ByunTaeng (pervert Taeng) 
Date of Birth: March 9, 1989 
Height: 160 cm. 
Weight: 44 kg. 
Bloodtype: O 
Position: Leader & Main Vocalist 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Basic), Japanese (Basic) 
Speciality: Trot 


5. SUNNY

Birth Name: Lee Soon-kyu 
Nicknames: DJ Soon, Sunny Bunny, Che Danshin (the shortest) 
Date of Birth: May 15, 1989 
Height: 158 cm. 
Weight: 43 kg. 
Position: Lead Vocalist 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Basic), Japanese (Basic) 
Speciality: Sports, Eloquence 


6. TIFFANY

Birth Name: Stephanie Hwang ( ) 
Korean Name: Hwang Mi-young 
Nicknames: Fany Fany Tiffany, DdilFany (clumsy Fany), AjumNy, Mushroom 
Date of Birth: August 1, 1989 
Height: 162 cm. 
Weight: 50 kg. 
Position: Lead Vocalist 
Language: Korean, English (Fluent), Chinese (Basic), Japanese (Basic), Spanish (Basic) 
Speciality: Flute 


7. HYO YEON

Birth Name: Kim Hyo-yeon 
Nicknames: Hyoraengi (tiger), Hyo-choding, Princess Fiona, Dancing Queen 
Date of Birth: September 22, 1989 
Height: 160 cm. 
Weight: 45 kg. 
Bloodtype: AB 
Position: Supporting Vocalist/Main Dancer 
Language:Korean (Fluent), English , Chinese (Fluent), Japanese (Basic) 
Speciality: Dance


8. SOO YOUNG

Birth Name: Choi Soo-young 
English Name: Summer Choi ( ) 
Nicknames: Shik shin (God of food), NaSoo (interrupter) 
Date of Birth: February 10, 1990 
Height: 170 cm. 
Weight: 45 kg. 
Bloodtype: O 
Position: Supporting Vocalist/Lead dancer 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Basic), Japanese (Fluent) 
Speciality: Dance, Eloquence, Acting 


9. YOONA

Birth Name: Im Yoon-a 
Nicknames: Yoong, Deer, Him Yoona (strong Yoona), Yoong-choding 
Date of Birth: May 30, 1990 
Height: 166 cm. 
Weight: 46 kg. 
Bloodtype: B 
Position: Supporting Vocalist/Lead Dancer 
Language: Korean (Fluent), English, Chinese (Basic), Japanese (Basic) 
Speciality: Dance, Acting 

::: Da tengok kan..so pe pndapat korang..operate ke ape?? sbb kan orang korea n jepun ni salu nye suke wat surgery mcm ni..alaaa..kt malaysia ni pun bsepah orang bwat kan..contoh aku wat surgery untuk gg..huhuhu..banyak duit ape pun bleh bwat..yang penting cantik kat dalam tu..bukan cantik luaran or fizikal je..dan bsyukur ngan ciptaan ALLAH..semua yang dicipta adalah cantik..lagipun kecantikan kan subjektif..huhu..good nite :::


p/s: ni vc lagu yang aku suke tu..huhuhu.. HOOT ( http://www.youtube.com/watch?v=F4-SxcCO5d0 ) laki jangan nak tengok sangat k..kang zina mata..dorang ni seksi terlebih..heh:::







Thursday, 28 June 2012

kehilangan buku asb!

salam semua..hai..skarang aku ngah kehilangan..actually bukan kehilangan kot..mungkin tersalah letak and x ingat letak last bnde tu kt mana..ape bende yang ilang???

ni die:   

ntah mane aku letak..niat di ati nak masukkan bape sen duit gaji ke dalam asb tu..maklum la sik isi borang merah je memanjang..teringin le juge nak ngisi borang biru..huhuhuhu.. (hanye orang ad asb je faham)

pe nak bwat klu da ilang mcm aku nie ek??? menurut kat satu blog yang aku bace..die tulis..


Anda perlu mengambil tindakan seperti berikut jika anda kehilangan/kemusnahan buku asb::

  1. Melaporkan segera kehilangan tersebut di Pejabat-pejabat ASNB atau Ejen ASNB bagi tujuan pembekuan akaun.
  2. Membuat permohonan buku gantian di Pejabat ASNB terdekat.
  3. Sila bawa kad pengenalan dan sijil surat beranak anda.

Buku pelaburan baru akan dikeluarkan serta-merta oleh Ibu Pejabat ASNB atau Pejabat-pejabat ASNB. Walau bagaimanapun, sekiranya baki pelaburan anda melebihi 5,000 unit; anda hanya boleh membuat urusniaga (jualan balik/simpanan) selepas 10 hari bekerja dari tarikh buku gantian anda dikeluarkan.




Jika anda ingin menukar butir peribadi:::



A. Pembetulan nombor kad pengenalan/nama pemegang unit
  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (jika berkenaan)

B. Pembetulan nombor kad pengenalan/nama Penjaga Berdaftar
  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan

C. Penukaran nombor kad pengenalan pemegang unit/Penjaga Berdaftar
  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (bagi penukaran nombor sijil lahir ke no kad pengenalan)
  • Salinan surat pengesahan majikan berhubung no. k/p awam dan no. k/p tentera/ polis (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan majikan berhubung no. k/p tentera/polis yang lama dan no. k/p tentera/polis yang baru (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)

D. Penukaran nama pemegang unit/Penjaga Berdaftar
  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Sijil Lahir asal dan salinan (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan)
  • Salinan surat pengesahan Jabatan Agama Islam (jika berkenaan)

E. Penukaran alamat pemegang unit

  • Borang Penukaran Butir-butir Peribadi (BS 4)
Ni alamat ibu pejabat asb tu:::

IBU PEJABAT ASNB (
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)
Amanah Saham Nasional Berhad
Kaunter Utama Kuala Lumpur
Tingkat 1 Balai PNB
201 A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2050 5500  
Faks: 03-21618852

Ni plak ejen asb yang aku cadang nak pi esok pas latihan umah sukan..hmm..da la xde gps..hp pun jename cikai je..ntah jumpe ke x sok jalannye..haiiiissshhh..klu le ad papago kan..huhuhu:::

Amanah Saham Nasional Berhad (Shah Alam, Selangor)
Lot 2-1 & 2-2
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai
40000 Shah Alam
Selangor
 
 Telefon: 03-5510 3155 & 03-5512 1366  
 Faks: 03-55137155  

::: tu la die kan..cuai sangat..last aku pgg buku tu seingat aku jumaat dua minggu lepas sbb nak kuar duit bayar deposit umah sewa..mn ntah ko mnyorok ek..cepat le mncul..pnt da nak cari kt merate tempat..da la barang banyak ag x kemas nih! :::


Sunday, 24 June 2012

kambing dan telaga buta

hari ni nak ceritakan satu kesah..
anak-anak dengar ye..huhuhuhu

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta (perigi yang da xde air..xleh gune da). Kambing tersebut pun mengeluarkan bunyinya dalam suara yang serak2 basah gtu.. "embek..embek..embek" atau pun "tolong..tolong..tolong" sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta yang sedalam 20 kaki itu..dalam tu..kalah perigi buta dalam crita hantu jo-on tu (haiiissshhh..memalam cakap pasai antu..cari nahas tul!) 

Perbincangan untuk memikirkan cara nak selamatkan si kambing mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak dapat menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. (untuk pengetahuan semua..pnduduk kampung tersebut tersangatlah lemah daya pemikiran mereka..mungkin x banyak makan kismis agaknye..heh) 

Akhirnya, mereka sepakat membawa berkat, di kampung si pening lalat, mengucapkan selamat pengantin baru, (haiiiisshhh..ape aku merepek menyanyi lagu pening lalat cite ahmad albab nih).. kmbali kepada cerita..akhirnya mereka mengambus perigi buta tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing itu menular ke seluruh kampung..

Bagi mereka, "ohh..bijak sungguh cadangan itu, ia dapat mengelakkan pencemaran udara nanti" jadi salah seorang dari penduduk kampung tersebut menjerit. (oh..dia adalah calon ketua kampung pilihanraya musim depan..itu yang dia bersemangat mengepalai misi tersebut..mau tarik undi..heheh) dia menjerit " wahai penduduk kampung yang cuma bilangannya 42 orang termasuk bayi-bayi, mari kita kumpulkan pasir dan tanah untuk mengambus perigi buta ini"

Maka, penduduk kampung tanpa segan silu dan tanpa rasa sedih mendengar suara rayuan kambing tersebut terus menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa almari (ini adalah peribahasa yang telah dimodenkan..jarang kita mendengar manusia jatuh ditimpa tangga sekarang), begitulah nasib si kambing tersebut. Sudahla jatuh ke dalam perigi buta kerana kecuaian sendiri yang tidak menggunakan mata ketika berjalan, malah akan pula dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung.

Pasti tamat riwayat si kambing itu..malang sungguh nasibnya. Namun si kambing itu tidak kenal erti putus asa (Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!), setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi (dituang ke perkataan yang sesuai?? agghh..lantak..aku bukan cekgu bm..heh), si kambing tersebut akan menggoyangkan badannya ala-ala inul gtu..niatnya bukan hendak menggoda penduduk kampung agak menghentikan aktiviti mengambus itu, tetapi bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya..

Penat kerana tidak dapat makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan si kambing itu, sebaliknya die makin bersemangat sampai keluar keringat di ketiaknya (errr..kambing ada peluh ke?? maaf saya bukan cekgu sains). Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia menjerit sekuat hati "embekkkkkkkk!!!!!!" atau di translate kan "ye! aku berjaya!!!!!" dan melompat keluar dengan penuh girang dan tersenyum seperti ini..

comel x?? bukan aku ok!!


moral of the story: 
Allah befirman yang bermaksud "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan"(Surah Al-Insyirah ayat 5 & 6)

::: Sesungguhnya ALLAH Maha Megetahui kan ::: 


one man woman!

bukan nak ckp blagak..tapi aku yakin aku adalah one man woman!
pe maksudnye?? saya hanya stick with one man..skali bcinta slamanya hanya cinta orang itu sahaja..susah nak buka pada yang lain..chewaaaahhh!!! 


then tertibe aku trjumpe vdeo penyanyi ni..korang tgk la..klu korang peminat music country rock..






ni lirik lagu die..selamat mendengar..hehehh



I'm a one man woman 
I want a one woman man 
I've got two arms to hold him 
To love him all I can 
Now it's a free world we live in 
It's this I understand 

But i'm a one man woman 
I want a one woman man 
I don't need nobody 
Handing me those lines 
Saying I can keep my freedom 
In these modern times 
I want a ring on my finger 
For all the world to see 
And when I get home from working 
He'll be waiting here for me 

I don't want nobody 
Pulling me around 
Loving me then leaving 
Someone else downtown 
If he ain't true and steady 
Then he ain't in my plans 
Cause i'm a one man woman 
I want a one woman man 

Cause i'm a one man woman 
I want a one woman man

hukum warnakan rambut dari perspektif Islam


bertemu lagi semua..lama da x nulis..sibuk ngan tempat baru..
jangnn ditanya seronok atau tidak..kerana wlu ape pun jadi kt sini kena lalui jgak..sbb pilihan dan kputusan telah dibuat..jadi jangan banyak bunyi..nangis banyak mana pun..nak balik banting sekarang pun xbleh..sbb ni la telah ditakdirkan..huhu


ape nak crita hari ni..mungkin satu fakta dan pengetahuan kot..
memandangkan hosmate baru aku berambut bewarna (bukan nak mengumpat ok..sekadar memaklumkan..heh) disini, nak diceritakan tentang hukum warna rambut dari sudut islam..


sebenarnye tringin gak nak warne cm diorang..tp memandangkan rambut pun x cantik..kang buatnye salah warna..gugur sume..x ke ngeri..heheh..dan aku pun cekgu..solat zohor asar di skolah..x manis dipandang cekgu2 lain..kang dikutuk sepanjang zaman..haaaiissshh..


ok..hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).


Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami. (ehem-ehem..ni kalu suami tlebih suke tgk lady gaga..kne tiru fesyen die le..heh)


Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.


Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah. Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.


Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.


Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.


Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.


harap nye semua faham yek..ni kt bawah ni rase nye mcm aneh sgt fesyen rambut nye..ade sesape nak wat gtu..ish! 




c!nta


C!nta??

Adakah kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan cinta..kini baru ku faham satu perkara..cinta x smestinya hanya dilafaz dengan kata-kata..kerana klu hanya sekadar kata-kata manis..ia xkan bermakna apa-apa..kerana smua orang bleh berkata-kata dan dapat menyatakan apa sahaja yg dia inginkan..namun adakah kita betul2 memahami cinta..

Cinta adalah lebih baik jika ia bukan hanya suara..cinta akan jadi lbeh baik dengan cara kita melayani cinta itu..mengambil berat..saling membantu..saling memerlukan..saling bersenang dan bergembira..serta saling memahami erti kesudahan dan kesusahan..
Akan berjanji di saat ini..cinta ku bukan hanya pada kata-kata namun akan menjaga cinta lbeh dari sekadar kata! Kerana kalau perkataan itu tidak selaras dengan perbuatan ia akan menjadi satu situasi yang amat menjelikkan..

(anda x faham?? Anggapla aku sedang bermonolog sendirian..huhuhuhu)

Thursday, 7 June 2012

good day by IU (korean singer) - English lyric -

hai..korang enjoy x tgk vdeo kt sbelah ni..
ye btul..sangat girang lagunye kan (isshh..jarang bebenor orang malaysia gune pkataan tu..)
xtau la korang suke ke x..ke ble tgk blog ni trus pause..heheh..
mcm syok sndiri plak..

nak paham bahase korea..x amik bahasa asing plak kt upm dulu..
so..dengar2 je la..
tp klu nak tau pe si IU ni ckp..
oohh.. IU ni nama penyanyi nye..
ni kat bawah lirik die dalam bahasa inggeris..
klu bahasa inggeris pun x paham..
korang translate sndiri gune google ok..

GOOD DAY - IU

How is it that the sky is so much bluer today?
How is it that the wind is perfect again today?
Not knowing in pretense, not hearing in pretense
erase in pretense, should I start another talk?
Should I kiss on your lips so you can’t talk?

Tears well in my eyes so raise my head up
So that they cannot flow, I smile and perk up.
Why this is I don’t know. What you now said I don’t know.
Today all the words been spoken float to the sky.
Not even once did I say, while I cried the words that I couldn’t say.
Well to me, you are my only love. Oh-no

Maybe it was my new hairstyle that didn’t take.
Maybe the outfit I wore today was a mistake.
Don’t know yet in pretense,
Can’t recall in pretense,
As if there had been nothing should I act it out?
Should I make up my mind and ask you out?

Tears well in my eyes so raise my head up
So that they cannot flow, I smile and perk up.
Why this is I don’t know. What you now said I don’t know.
Today all the words been spoken float to the sky.
Not even once did I say, while I cried the words that I couldn’t say.
Well to me, you are my only love. (Sigh) Oh-no

As you look at me so,
Do not say that kind of depressing words, oh
Immaturity or is it density?
I cannot believe either one.

Tears are falling down but smile to you
I get in your way and laugh overdo.
Why I am I don’t know,
Where is my pride I don’t know,
My self-esteem well folded up float to the sky, oh
Not even once did I say
Oh perhaps words I will never get to say
Well to me, you are my only love, yikes, one two

I’m in my dream
(it so beautiful, beautiful dream, make it a good day. Just don’t make me cry.)
To see such a good day.

petua rambut cantik !!

Rambut memang mahkota wanita..walau pakai tudung ke..free hair ke..ia adalah tetap mahkota wanita..jeles tgk rambut orang cntik2..sbb rambut aku...haaaaiiissshhh...staraf ngan dawai da nih..xtau nak wat cane..ni saje nak share ngan korang sume..petua rambut..take a look!!
 
 
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang).
 
<< SELAMAT MENCUBA >> 

i will miss BANTING!!

hai people..dis monday (11 June 2012) akan jadi berbeza..sebab saye akan bkerja di tempat lain..sangat takut dan sangat berdebar..adakah ini satu kputusan yang baik..
sbelum pape..meh nak story dlu..sbnarnye tuan pnye blog ini adalah sorang cekgu a.k.a pendidik anak bangsa (kononnye).. bmule dari 27 sept 2010 smpi 25 mei 2012 ( x smpi 2 taun pun) saye ngajar kt my 1st school ever iaitu smk bandar banting, banting selangor .. dan i.allah pasni di skolah lain plak kt klang..

hmm..sume orang kt sekolah tu xtau yang saye akn btukar..saye x bagi tau orang yg saye isi borang, x bg tau orang yg pmohonan da lulus..dan ble da tau dpt sek mane pun..still x dpt bgtau orang..even my family pun xtau..haaaaiissshhh..sangat xtau nak bgtau cmane..bukan nak rhsia..bukan ada alasan pape..cume xtau care camane nak bgtau..xtau..serius xtau..
xkan nak canang gune mikrofon "wahai rakyat jelata sekalian..saya cik aizatul nurulain bt mohd halil akan bertukar sekolah"
 sekali bgtau-bgtau..xdek sape pduli..kang ke malu nnt..heheh..

nape nak tukar??? msti tu pkare utama orang akan tnye..dan sorry sesangat for my housemates sbb dorang pun xtau sgt hal ini..di sini nak diterangkan why saye nak bpindah secara drastik gtu..nak kate nak kawin x jugek..dan bukan sebab x abes jual tiket malam mesra ok.. (aku x abes jual ag..cane ek) huhuhu..tp sebab nak sumthing dlm khidupan pribadi saye..sekolah smkbb ni sangat best..sume kakak2 n ckgu2 lelaki sume best..students pun best..mah sewa pun best..bleh blari je pi skolah..cume tu la..my psonal life cam stuck kt banting nih..hope ngan ptukaran ni akan jadi yang lebih baik..amin.. n insya Allah..tolong la doa-doa kan (U_U)

ble aku isi borang?? xde sape tau pun?? sjujurnye bnde ni x plan..saye just tanye kak penolong kanan ble tarikh tutup isi borang..then die ckp akhir april..sbulan fikir..sama ada nak isi borang ke x..ms tu cm fikir nak pi balik kampung (pahang tercinta) or melake (xtau np  melake..mayb sbb die mcm heritage sket..huu) konon nak membawak diri la kan sbb ms tu my love story not in good condition..ish..ish..
dan dua ari terakhir sebelum tarikh tutup..pagi tu saye bangun..dan tertibe decide..saye patut apply klang..to firm back my luv dan cari encik jodoh saye..heheh..amin..dan sgt determined..trus isi borang kt kmputer library..print..submit borang.. kne reject/perbetulkan beberape kali dan setel!

tapi saye terfikir sesuatu..dalam banyak2 orang yang mintak (ada la 4-5 org cekgu yg mntak tukar gak) sume pmohonan x diluluskan..pengetua x luluskan ke?? so..saye lulus ni sbb saye useless ke kt skolah..means tiada berkepentingan ke?? haaaiiissshhh...klu betul la..sdeh btul rase idup..
tp bak kata pngetua..idup kne sntiasa positif..mngkin ni yang terbaik kot..

so disini..dengan rase rendah hati dan sayu nak mintak maaf sangat2 pada smua GURU, STAF SEKOLAH dan ANAK-ANAK MURID tersayang sbb x bgtau nak pindah..alih2 isnin ni da xde kt smk bandar banting..x smpat nak majlis pape..x smpat nak say goodbye face to face..sbb bnde nye drastik sgt..aiza mintak maaf atas silap dan salah, halalkan makan minum dan tolong doakan aiza kt sana..

hmm..xtau sama ada kputusan tukar sekolah ni btul ke x..da beserah pada Allah..klu Allah kate khidupan akan jadi lbeh baik di tempat baru..dan saye akan dapat tukar..tp klu Allah kate stay kt banting adalah yang terbaik..so pmohonan saye kne reject..ternyate pmohonan lulus..dan itu lah takdir untuk saye..semoge bertemu lagi..miss u all!! muahhhhh!!


p/s: jangan terkejut klu tnmpak saye kt banting..sbb sekali dalam sbulan akan pi kinik gigi tiew kt banting tu ada appointment gg..jumpe kat malam mesra..akan jadi pnonton aje (^_^)



Wednesday, 6 June 2012

B.U.D.U made in klantan!

Demo lah ni ni tok supo mulo
Tak berani kawe nok tego
Tengok kerling hujung mato
Tengok kerling hujung mato
Nyo mari angin sekak demo kayo

huhuhu..tertibe kawe kecek klate..
bakpe nye jadi gtu..
errr..ni bhase pe plak..heheh

sini ambo nak cite sket tentang makanan ore klate iaitu BUDU..
bende nye budu ni cik abe wehh..

ok..sebelum aku bertambah merabu meraban..meh nak story sket!

<< ni le budu yang mak aku suke makan..huhuhuhu >>

APAKAH ITU BUDU?? BERUDU KAH??

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. 
Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.
Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

KEBAGUSAN BUDU INI:

  • Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

  • Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal . 

  • Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

  • Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

  • Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

BUDU NI ADA GAK KELEMAHANNYE. IAITU:

  • Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. 

  • Budu mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

RESEPI BUDU:


Bahan-bahan ( 6 org )

8 sb budu ( cap ketereh atau pe2 aje )
4 ulas bawang merah
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1/2 sk garam
2 bj limau sambal

Cara-cara
- Dalam lesung batu, masukkan cili padi & garam. Tumbuk sampai lumat, masukkan kunyit hidup & tumbuk lagi.

- Kemudian masukkan pula bawang merah, tumbuk kasar2 sikit. Alihkan bahan2 tumbuk ke dalam piring kecil.

- Masukkan budu & perahkan asam limau, kacau rata. Siap untuk di makan bersama ulam-ulaman dan nasi panas :)

<< tu le serba sdikit tentang budu..dlu aku da penah cite tentang 
nasi beriani dan tempe.. >>
p/s: tringin sangat nak ber mak n abah mertua kan orang kelantan..hahaha..amin (^_^)

~~ IU ~~

hai!! ada yang bertanye kt aku..lagu pe yang dipasang kt blog aku nih..
mcm pnyanyi solo..bukan group reramai tu kan..
memang pun die artis solo yang ngah popular kt korea skang..
aku kenal die ni pun sbb die masuk dalam cite variety show running man .. next time aku akan cite tentang crite yang wat aku ketagih nak tgk ari2 tu..huhuhuhu..


xtau nak crite pe sgt tentang penyanyi IU ni..klu korang nak tau lbeh lanjut..
just tgk kt link wikipedia ni ok (^_^)


http://ms.wikipedia.org/wiki/IU_(penyanyi)




comel kan die ni (U_U)

Tuesday, 5 June 2012

juri masterchef malaysia


::: aku suke sgt tengok rancangan masak..suke tgk majalah or buku masakan..suke makan..huhuhu..tp hakikatnye aku x pndai masak..heh..skang ni ngah cm suke sgt tgk masterchef malaysia..ari tu tgk masterchef malaysia..kini ketagih ngan masterchef slebriti malaysia yang ngah tayang kt channel ria astro 104..byk gak slebriti yang ade..cth: tomok, fazley, farouk, angah raja lawak, siti sarah, serina anak chef wan, raja azmi, azwan ali, pngacara hip tv kt tv9 tu karl shafiq dan ramai ag lah..sdehnye 1st episode, kte pnye angkasawan da terkelua..1st time aku tgk dr faiz kt tv..dan tnyate nampak baik n comei gak..calon suami mithali tu..haha..err..die da kawin ke blum ek (^_^)

tp mcm mnyampah skali kt azwan ali..masak x sberape..cakap aje yang lbeh..dengan slendang n kipas bagai..tringat kt emelda dlu..heh..tp for sure nye die xkan kuar awai..sbb tnpe die..cm bosan le crite tu kan..sbb mulut die kan kepoh..tp tu la..klu pndai masak xpe gak..ni aku tengok..nasi lembik, serawe durian cair..haaaaiiiisssshhh..dan ak cm terfikir gak nape azwan ali tu jadi gtu ek..ksian plak tgk..mcm x brape normal je..nnt ade mase aku akan investigate ttg diri die..tp skang jom kte bkenalan ngan juri tetap MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2012 ::: 

Chef Jo
Mohd Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 56 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

Chef Zubir
Berusia 46 tahun, Zubir Bin Md Zain atau Chef Zubir sentiasa nampak muda dan bertenaga. Jurulatih dan Ketua Pasukan untuk pasukan chef Malaysia ini sentiasa bersemangat tinggi memastikan kejayaan anak-anak buahnya dalam apa jua pertandingan masakan yang disertainya.

Chef Zubir mendapat pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Pendidikan yang diperolehinya tidak disia-siakan apabila menjadi pensyarah di institut yang sama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Selain itu, Chef Zubir pernah menimba pengalaman di bawah pengawasan Chef Anton Mossiman di Anton Mossiman Exclusive Dining Club Belgrave Square, London.

Beliau pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Chef Zubir juga turut melibatkan diri di arena antarabangsa dalam bidang masakan di Jepun, Austria, Amerika Syaraikat dan Singapura.

Chef Zubir pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan.

Chef Adu Amran
Beliau berasal dari Johor. Pada masa ini, beliau adalah Chef Perunding bagi Champor-Champor Restoran di London dan pernah membuat debut di MasterChef Malaysia musim pertama pada tahun 2011 selama 3 episod termasuk sebagai Hakim tetamu semasa episod akhir. Restoran beliau iaitu Restoran Champor-Champor di London itu pernah disenaraikan di dalam "UK Good Food Guide, the UK Michelin Guide and Zagat sebagai salah satu restoran terbaik di dunia. Restoran beliau itu juga telah memenangi  "Restaurant Magazine's Best Dishes Awards 2007" (Best Curry’ division).

Beliau mempunyai blognya yang tersendiri, iaitu http://www.chefaduamran.com/
Tidak banyak yang boleh diketahui dari chef ini kerana beliau merupakan juri baru yang telah menggantikan Chef Riz.



dari kiri: chef adu amran, chef zubir n chef jo
(aku suke tgk chef jo ni..sbb fesyen die unik btul..ngan bow, tali tu dan kemeja je tukar tiap kali episod..ble nak makan..kte amik bau dlu..heheh..tringin nak rase masakn diorang nih..sedap sangat ker???)

HEEE.. X SNONOH LA KO NI ASIK KENTUT JE!!! (20 persoalan tentang kentut!)


1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa yang membentuk kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak sebab tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut terhasil dari kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Ia juga mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan dihasilkan oleh bakteri dalam perut, & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang berperanan dalam menghasilkan volume/bunyi kentut, bukan tahap kebusukannya.

4. Kenapa kentut mengeluarkan bunyi?
Kerana adanya getaran di lubang anus saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu sedikit panas & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteri. Fermentasi bakteri & proses pencernaan memproduksi panas, hasilnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil bunyinya, tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Karena density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Tergantung kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak terdeteksi dalam beberapa detik, bermaksud mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti  dalam lift, kereta atau dalam tandas, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Adakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sedangkan waktu sudah meninggal pun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih sering daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender. 

11. Waktu bila orang selalu kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteri di usus langsung berpesta pora & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut.

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum air bikarbonat, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Adakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dari kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, manakala kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteri lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan dan tidak dikeluarkan?
Bukan diabsorbsi darah, bukan hilang kerana bocor. Tetapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi kentut tidak akan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan atau postpone.

16. Apakah hukum menahan kentut ketika dalam wuduk dan solat?
Syarat sah solat ialah terpelihara wuduk. Satu perkara yang membatalkan wuduk adalah keluar angin. Jika seseorang menahan kentut sehingga angin tidak keluar, maka wuduknya tetap sah.

17. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah haiwan karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut lebih banyak, lebih lama dan lebih keras bunyinya tapi selalunya tidak berbau.

18. Betulkah pening kepala kalau menghidu bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, kemungkinan sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

19. Adakah kentut itu bersifat asid, alkali atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).


20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau anda boleh nampak warnanya seperti gas nitrogen oksida, pasti kita akan tahu siapa yang kentut!! hahahaahahahaha!! 




Delicious Donut