Blogger Widgets

Friday 23 March 2012

mandi bunga!! boleh percepatkan jodoh ke??!!

hai semua! bulan lepas hosmate aku penah bkate.."cuti skolah bulan 5 ni aku nak balik kampung...nak pi mandi bunge la..biar muke bseri..jodoh cepat sket smpai..da x bleh jadi ni..umo da masuk 31 tahun nih..isau isau" 

ooo..aku yg mndengar ni pun isau..umo pun da 27..tiga tahun ag je nak masuk 30..stil bujangan lagi nih..nak kne mandi bunge jugak ke..ish!! tapi boleh ke dalam islam?

mandi bunge ni mcm dalam crita2 melayu tu ke..mandi bkemban kt telaga or bekas yang pnuh ngan bunga2..ish..takut gak klu nak wat mcm tu.. jadi  sebelum kte smua dibelenggu misteri..jom kte selongkar pe itu MANDI BUNGA (^_^)

asal usul MANDI BUNGA ................




::: mnurut satu sumber (xtau leh pcaye ke x) merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan Popular Islam. 


Antara ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat. Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh:
  1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.

  2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

  3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.

  4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.

  5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar,  menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.

  6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya.

oo..apa pula hukum kalau kita orang pmpuan ni MANDI BUNGA UNTUK DAPAT JODOH??? MEMANG BETUL TERUS DAPAT JODOH KE LEPAS MANDI BUNGA???

::: menurut sumber yang lain plak mnyatakan...

  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak di iktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. 
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan. 
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

Ooo..macam tu..ksimpulannye mandi bunga ini tidak salah jika ia dijalankan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan bukannye dari jampi serapah bomoh yang bukan-bukan. Namun jangan le kte PERCAYA 100% bahawa dengan mandi bunga ni confirm kte akan dapat jodoh. Anggaplah ia suatu ikhtiar dan usaha saje..lagipun usaha kan tangga kejayaan.. pape pun berserah aje pada yang Maha Berkuasa..kerana ajal maut jodoh pertemuan tu kan rahsia ALLAH. 

Lalui aje idup ini dengan senyuman ok!! selamat mandi di bilik air!! pastikan pintu ditutup sebelum mandi..huhuhu (U_U)

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut