Blogger Widgets

Friday 13 July 2012

colourful teeth! errrkkk!!!

untungla die gigi nye cantik tersusun indah dan bewarne putih mcm warne tudung skolah baru beli da gaye nye..bleh la snyum smpai ke telinga..huhuhuhu..tapi gigi aku ni agak bewarne..warne kekuningan gtu..xtau sejak ble jadi gitu sbb dlu aku x amik port sangat hal dalam mulut nih (sbb tu la gigi aku dlu bsimpang siur..heheh) bukan aku ni jnis x gosok gg ok..aku rasenye tiap pagi n malam gosok gigi..tp tu la..memang telah ditakdirkan oleh Allah nak dijadikan gitu..tp xpe..nnt pas braces ni siap dan ad duit lbeh..aku g wat sumthing..heheh


ni aku ade terbace kt blog sorang dr tu..die kate:


Kebanyakkan warna gigi yang asli ialah putih kekuningan. Biasanya gigi akan berwarna sedikit kekuningan di bahagian leher gigi yang berdekatan dengan gusi. Ini adalah kerana lapisan luar sedikit nipis berbanding bahagian lain dan menyebabkan lapisan dalam yang kekuningan terserlah. Ada beberapa sebab mengapa sesetengah orang mempunyai gigi yang sangat kuning/coklat.
  • Kesan sampingan ubat antibiotik tetracycline yang diambil oleh ibu mereka semasa mengandung
  • Kesan dari flurosis (terlebih florida)
  • Kesan dari menghisap rokok yang kerap
  • Kesan dari meminum minuman seperti milo, teh, kopi yang kerap
xtau la gg aku kunin ni sbb faktor yang mane..tp 3 ngn 4 tu tidak kot..sbb aku x mrokok..dan aku bukan sorang yang suke minum mnuman2 di atas tu..cmane nak putihkan balik gg nih?? memang ade byk produk kt luar sana yang bleh kte beli aje kan..yg mcm gel ade..yg bntuk colgate ade..klu berwang sangat..bleh aje wat rawatan laser pape kt surgery dental..huhu..

klu da sengkek..try aje care ni..mungkin dapat memutihkan gg tu sdikit:
  • Arang Kayu ::: Sebenarnya arang kayu juga sangat berkesan untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh kerana itu, anda sebaiknya tidak mencubanya.
  • Lemon dan Garam ::: Anda boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika kamu sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
  • Kulit Limau ::: Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
  • Daun Salam ::: Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, selepas itu tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu kamu akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
  • Strawberi ::: Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.
  • Sari Epal dan Cuka Putih ::: Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel.Sari buah epal dan cuka putih juga sangat efektif menghilangkan noda karat pada gigi, kerana keduanya mengandung unsur pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat. Akan tetapi kedua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan email.


aku tau mngkin ada manusia yang pandang jijik n hina ngan manusia bergigi bwarna..klu dorang memang jenis x gosok gg bertaun..mgkin sangat wajarla anda terase jijik kan..tp orang mcm aku??? wuaaa...xleh nak watpe da..jangan jijik bersama aku ok..kerana sy sntiasa gosok gg (^_^)

1 comment:

Delicious Donut