Blogger Widgets

Monday 30 July 2012

dejavu di kinabalu (bazli ke ammar?? huhu)

hai smua..berpuase x ari ni?? huhuhu..
skang ni klu nak mnunggu waktu berbuke puase tu..msti aku ngan dak umah akan dok dpn tv menononton satu drama bersiri di slot akasia tajuk DEJAVU DI KINABALU..waktu siaran die isnin till khamis dari 7 pm smpi 8 pm..tp wat korang yang nak tgk cm da telambat sket la klu nak tau full story die..sbb minggu ni da last..

pe maksud "dejavu" tu ek?? Dejavu tu adalah perkataan dari bahasa Perancis bermaksud "pernah dilihat".Contoh: perkara/situasi yang sedang kita lalui/rasa/lihat skarang klihatan macam sesuatu pengalaman/rasa yang kita pernah lalui/lihat sebelum ni..

nape cite best sangat??? meh nak cerita sinopsis tentang cerita tu..


Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar. Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira. Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli? (kalau nak tau..kne tunggu episod akhir die khamis ni..pilihan Nadira (sama ada Bazli atau Ammar adalah berdasarkan sms dari penonton)..suspen kan? sebab xde sape dapat teka sape yang akan gembira dan sape yang akan kecewa..

Tapi kalau bagi aku la..aku lbeh suke BAZLI..knape? sbb die sorang laki yang setia, bkorban apa saja dan sntiasa amik berat tentang Nadira masa die ngah sakit dan smpai skang pun..walau pun die tau si Nadira tu da beralih arah..da la baik, hensem, kaye lak tu..huhuhu..tapi tu x penting..yang penting bazli xpnah wat salah or bnde yang melukakan ati Nadira..lagipun Ammat tu pun sbnornye ade conflict dalaman gak..sbb die bkn nye 100% totally cinte pada Nadhira..sbb die masih nmpak bayangan Innara dalam diri Nadira..da la dpt tau jantung yang Nadira pkai tu milik kekasih die..haaiiiissssshhhh..pmpuan jnis mcm ni pun ade ke? da ada yang bagus..sibuk pi bukak hati pade orang lain..heh

so..tunggu aje khamis ni..tengok sama ada aku ngan sorang hosmate aku yang menang (ktorang pilih Bazli) or sorang lagi hosmate aku (pilih Ammar).. suspen kan!! huhuhuhu (^_^)


No comments:

Post a Comment

Delicious Donut