Blogger Widgets

Sunday 22 July 2012

hamid gurkha (penyeri industri lakonan negara)

hai!!! bosan la asik cerita tentang artis lelaki yang hot je..contoh remy ishak, fahrin ahmad, rosyam nor, shaheizy sam, samsul anak yusof aslam tu..pe kate kte cerita tentang pelakon lama yang sering kali kte lupakan..salu nye kt malaysia ni..klu orang tu da mati..baru la teringat2..baru la nak bagi anugerah or pengiktirafan bagai..klu idup ag..wat de' je..contoh mcm allahyarham Tan Sri P.Ramlee la kan..bile da xde kt dunia ni baru la dikenang-kenang.. (emo aje aku skang ni yek..huhuhu)

so..dengan rase penuh bangge dan setinggi2 penghargaan aku nak cerita kan tentang sorang pelakon hebat (walaupun just byk jadi plakon tempelan, pembantu or undangan..beliau tetap berjaya diingat dengan watak2 nye).. pelakon veteran bernama HAMID GURKHA..beri tepukan paling gemuruh!!!

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul pada 1978. Hamid Gurkha masih aktif dalam bidang seni, biarpun usianya kini menjangkau 79 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933 di Segambut, ketika negara masih lagi di bawah penjajah. Hamid Gurkha memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun bermula pada 1950. Kini beliau menetap bersama keluarga ya di Klang, Selangor.

Perjalanan Hamid Gurkha dalam bidang seni bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian terus melamarnya untuk membuat persembahan pentas.

Hamid Gurkha pernah menjayakan filem Main-main Hantu (filem yang memberi impak besar kepada beliau) pada tahun 1990, filem Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombi Kampung Pisang dan terbaru, Alamak Toyol.

Di atas kesungguhan beliau dalam bidang seni, Hamid Gurkha pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada 1982.

Walaupun usianya kini sudah lanjut, Hamid Gurkha bersyukur kerana tidak mengidap  sebarang penyakit merbahaya. Penglihatannya juga masih jelas dan boleh memandu untuk pergi ke lokasi penggambaran. Selain dari wang hasil lakonan, beliau kini menerima pencen askar sebanyak RM720 sebulan.

tu saje info yang aku dapat share kan kt korang semua kali ni..pade budak2 mude yang x sure mana satu Pak HAMID GURKHA..tengok muke pakcik kat bawah ni dan tengok balik film zombi kampung pisang..korang nampak la muke die..huhuhuhu..dan pade penganjur anugerah seni di Malaysia ni..kenang-kenang la jasa pelakon lama seperti ini..jangan asik bagi adiah pade pelakon yang sama je..dan pemberi adiah pun orang yang sama aje..bosan da tengok!!! bagi la pluang pada artis veteran seperti ini naik ke pentas untuk memberi atau menerima adiah..jaga diri dan kesihatan pak hamid..terima kasih kerana telah menghiburkan kami rakyat malaysia (^_^)


No comments:

Post a Comment

Delicious Donut