Blogger Widgets

Thursday 15 November 2012

B.I.S.U.L

hai smua..skang kte berada dalam sudut kesihatan..korang penah dapat bisul x?? aku rase sume manusia yang ada kt muka bumi ni msti penah dapat bisul nih..robot je yang xde kot..sbb dorang xde kulit..errrkkk..ade ke gtu? heh

BISUL
Bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di bahagian muka, leher, ketiak, punggung atau peha dan kawasan tubuh yang menpunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul boleh tumbuh dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunket.

KARBUNKET
  • satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih lagi di kalangan lelaki dewasa.
  • menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk dari bisul tunggal
  • berkembang dan sembuh dengan perlahan serta meninggalkan parut.
  • pesakit boleh mengalami demam panas apabila karbunket berlaku.
  • sesiapa yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne jerawat atau masalah kulit lebih berisiko tinggi untuk menghidap BISUL.. Pesakit dinasihatkan tidak memicit atau memecahkannya kerana ia akan merebak dan berjangkit. Antibiotik atau pengaliran surgikal diperlukan untuk membuang atau mencegah jangkitan.
PETANDA BISUL
  • ketulan merah dan bengkak berisi nanah yang menyakitkan
  • membesar dan menjadi lebih sakit dalam masa 5 - 7 hari.
  • bisul yang kronik boleh membesar hingga sebesar bola golf sebelum matanya pecah.
PUNCA BISUL
  • berlaku apabila satu atau lebih daripada folokel rambut - injap berbentuk tiup dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
  • bakteria ini berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawap untuk beberapa jenis penyakit serius termasuk jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung
  • punca jangkitan utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan.
  • Bakteria stafiokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau pecahan pada kulit.
ELAK BISUL 
  • elak berpakaian ketat
  • banyak makan buah-buahan, sayuran dan bijirin serta sejumlah kecil protin
  • elak makan makanan berlemak.
HILANGKAN BISUL
  • satu sudu garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuamkan dengan kain yang direndam ke dalam air suam bergaram ke kawasan yang dijangkiti selama 30 minit.
  • basuh bisul dua kali sehari
  • sapu antibiotik yang boleh didapati di farmasi dan tutup kawasan berbisul untuk elakkan kuman.
  • basuh tangan selepas membersihkan bisul.
  • pakaian atau apa saja yang di pakai tidak boleh dikongsikan.
::: gambar ni xde kne mengena ngan bisul ok..aku mcm geli nak letak gambar bisul tu..so sesame la kte mnjaga kulit secantik si Han Chae Young ni..die cantik kan..ni la pelakon korea ptame yang aku minat (^_^)

7 comments:

Delicious Donut