Blogger Widgets

Monday 12 November 2012

take a good care of our Miss V

Smua pmpuan kt dunia ni ada miss V..or nama panjang die Vagina or dalam bahase melayunye kemaluan wanita or dalam bahasa pasar nye p*p**..pada korang smua..ni adalah pengetahuan am..baik lelaki or perempuan jangan memalu untuk tau tentang ni ok.. (U_U)

Eh..vagina tu ape ek?? 
Vagina kamu tu sebenarnya merupakan tiub yang terhasil daripada dinding yang bergabung bersama. Dalam wanita dewasa, ia tiub sepanjang 9cm. Ia merupakan tiub berotot yang dilapisi membran nipis. Otot terdapat pada ruangan paling dalam dinding dan memberikan sokongan yang diperlukan pada dinding. Sebahagian daripada vagina melekat pada bahagian uterus yang dipanggil serviks. Serviks merupakan bahagian pembukaan uterus yang mempunyai struktur seakan buah pear, yang berfungsi menampung bayi ketika dalam kandungan.Vagina bukannya merupakan anggota badan yang boleh kita nampak dan bersihkan semasa mandi. Kawasan tiga segi terbalik yang kamu bersihkan setiap pagi tu sebenarnya mons daripada vulva. Vagina ni kedudukannya agak tersorok daripada pandangan. Ia merupakan tiub yang memanjang ke belakang dan ke atas, yang dikelilingi oleh dinding yang memisahkan vagina daripada struktur lain berdekatan. 

Fungsi vagina??
Vagina menghubungkan bahagian luaran badan dan uterus. Vagina merupakan ruang yang memegang penis, iaitu organ seks lelaki semasa persetubuhan dilakukan. Apabila kamu period, darah akan keluar melalui vagina. Ia juga merupakan tempat keluarnya bayi semasa bersalin.

Tapi knkadang vagina kte mudah dapat penyakit. contoh nye macam kulat or kegagalan melampau dan keputihan. Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil. Dan klu ia tidak dirawat dari awal, takut akan berlaku hal lebih serius seperti barah pangkal rahim or kemandulan (mintak sangat dijauhkan..amin)

Actually, jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pemakanan pil perancang
  • Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
  • Penyakit kencing manis
  • Hubungan seks
  • Douching
  • Darah dan air mani
Ooo..apakah simtom jangkitan kulat??
  • Gatal, pedih dan sakit pada faraj
  • Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
  • Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
  • Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj
Cmane jangkitan kulat ini dirawat?
  • Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.
Klu ubat da makan then cmane nak cegah jangkitan ini dari berlaku lagi??
  • Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
  • Pakai seluar dalam dari kapas
  • Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya
  • Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
  • Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
  • Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
  • Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
  • Jangan pakai panty-liner
  • Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
  • Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
  • Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.
::: Jadi korang da tau kan sdikit sebanyak tentang penjagaan miss V kte tu kan..msti jaga ia baik2 sbb tu la tempat waris kte akan lahir nanti..lagi satu itu adalah antara aset wanita yang penting..jaga diri dan ksihatan aset wanita anda xkesah la dua yang atas tu or satu yang bawah tu..baik itu baik lah ubungan suami isteri nanti (mcm pengedar ubat kesihatan wanita plak..heheh)

1 comment:

Delicious Donut