Blogger Widgets

Saturday 21 April 2012

jawatan kosong kerajaan


Bila kita bercakap mengenai kelebihan jawatan kosong kerajaan ini sudah pasti banyak kelebihannya. Antara kelebihan yang anda boleh nikmati apabila bekerja dengan jabatan kerajaan ialah seperti Elaun Sara Hidup, Elaun Rumah, Bonus, Kenaikan Gaji,Kemudahan Pinjaman, KWSP, Naik Pangkat, Kemudahan untuk melanjutkan pelajaran dan banyak lagi kelebihan yang boleh dinikmati. Pihak kerajaan dari masa kesemasa menambahkan insentif-insentif ini mengikut keperluan.

Di Malaysia sekarang memang terdapat kerja kosong swasta yang juga mampu memberikan insentif-insentif yang sama seperti jawatan kosong kerajaan, akan tetapi bilangannya buat masa ini agak terhad dan adakalanya hanya untuk jawatan tertentu sahaja. Sebagai contoh syarikat gergasi internet iaitu Google telah membuka pejabatnya di Malaysia, Google menawarkan persekitaran kerja yang cukup menarik dan gaji pula yang cukup lumayan akan tetapi jawatan kosong yang ditawarkan buat masa ini agak terhad kepada bahagian pengurusan sahaja. Anda juga boleh mencuba dengan syarikat swasta tempatan seperti TV3, Maxis, Celcom, Astro, CIMB, Maybank dan beberapa syarikat lain yang juga memberikan banyak kelebihan.
Ini bergantung kepada matlamat ataupun sasaran kerjaya anda sendiri. Jawatan kosong kerajaan memberikan jaminan masa depan yang baik buat anda dan keluarga, dan kerjaya di sektor swasta pula biasa mampu memberikan anda pengalaman kerja yang kondusif dan berdaya saing.
Di dalam sistem gaji kerajaan ianya dikategorikan kepada beberapa gred tertentu mengikut jawatan. Di bawah ini ialah beberapa contoh tangga gaji untuk dijadikan panduan.
Jawatan: Arkitek/Jurutera
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P2T23 RM5306.79
Jawatan: Pegawai Khidmat Pelanggan
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
Jawatan: Pembantu Am Rendah (PAR)
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
P1T1 RM 647.51 – P1T14 RM 1178.43
P2T1 RM 689.98 – P2T14 RM 1242.09
P3T1 RM 734.08 – P3T14 RM 1307.38
Contoh tangga gaji ini merupakan gaji pokok sahaja, ia tidak termasuk insentif-insentif lain yang telah sediakan oleh kerajaan. Sekiranya anda berkelulusan Ijazah anda layak untuk memohon kumpulan Pengurusan dan Profesional di mana tangga gajinya bermula dengan RM2000 keatas. Semoga panduan ini dapat membantu anda di dalam memilih kerjaya nanti.

No comments:

Post a Comment

Delicious Donut