Blogger Widgets

Wednesday 14 November 2012

perbezaan antara limau!

Ari ni cerita bnde masam sket lah..tapi bukan ketiak masam tu yek..heheh..bnde masam ni bagus sbnarnye utk kuruskan badan..jom kte berkenalan dengan beberapa jenis limau yang wujud di muka bumi ini..huhuhu

1. Limau Purut 
Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Ia berasal dari kepulauan Asia Tenggara dan boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Selalunya, buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.  Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.




2. Limau Nipis 
Limau nipis adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.







3. Limau Mandarin  
Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren.  Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada limau-limau lain.  





4. Limau Bali 
Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus.  Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.     







5. Limau Kasturi 
Limau Kasturi sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.








Ni la antara limau-limau yang kte salu makan kan..ada yang kite makan trus je mcm tu..ade gak dibuat air minuman dan ade gak yang just digunakan dalam sesi masak memasak..ehh..lupe gak, ada gak digunakan untuk ubat-ubatan, kecantikan n kesihatan dan pelbagai lagi..1001 kegunaan ok..begitu lah indahnye ciptaan Allah.. (^_^)

2 comments:

Delicious Donut